CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 0

[Sabah] Kerajaan pandang serius gejala rasuah

[Copy link]
Post time 1-11-2023 09:26 PM | Show all posts |Read mode


IKRAR: Christina (tengah) bersama tetamu kehormat dan para kakitangan KePKAS melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.

KOTA KINABALU: Kerajaan amat memandang serius gejala rasuah dan usaha pengukuhan integriti dalam kalangan penjawat awam dilakukan dan dipantau dari semasa ke semasa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, keseriusan kerajaan dalam mencegah gejala rasuah ini dapat dilihat melalui kenyataan visi Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023.

Katanya, pelan itu adalah dasar anti rasuah yang mencerminkan harapan tinggi rakyat untuk negara bebas rasuah, mengamalkan ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti.

"Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada semua warga Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) dan agensi-agensi dibawah KePKAS untuk mematuhi semua peraturan yang berkuatkuasa, pekeliling perkhidmatan, garis panduan dan prosedur, Standard Operasi yang ditetapkan bagi mengelak sebarang isu yang melibatkan integriti kita sebagai penjawat awam.

"Aspek pencegahan merupakan satu bentuk kawalan dalaman dan perlu dilaksanakan oleh ketua jabatan sama ada dalam bentuk pemantauan,  penaziran atau lain-lain  kaedah yang bersesuaian," katanya ketika merasmikan Majlis Pelancaran Minggu Integriti KePKAS di sini, semalam.

Christina yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api berkata, Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) bagi semua agensi dibawah kementerian akan dilancarkan.

"Insiatif untuk melancarkan OACP agensi ini telah bermula dalam tahun ini melalui Jawatankuasa Anti Rasuah peringkat Kementerian yang diketuai oleh Setiausaha Tetap Kementerian.

"Dokumen yang mengandungi Pelan Strategik lima tahun ini diharapkan menjadi mekanisme dan rujukan yang berkesan bagi mengatasi isu salah laku serta rasuah di kalangan penjawat awam," katanya.

Katanya, di samping pelancaran OACP, penjawat awam di bawah KePKAS dan agensi juga akan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.045762 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list