CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1300|Reply: 3

Polis Berkas Lelaki Larikan Proton Persona Dan 6 Orang Murid

[Copy link]
Post time 31-10-2023 09:45 PM | Show all posts |Read mode
Ranau: Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima satu laporan berhubung seorang lelaki yang melarikan kereta Proton Persona.


Katanya, lelaki terbabit juga turut membawa enam murid di dalam kenderaan berkenaan.








"Bagaimanapun, suspek diberkas dan polis turut menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial.


"olis sedang menjalankan siasatan untuk memastikan tindakan dari sudut perundangan dilaksanakan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Simiun berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini bolehlah salurkan maklumat berkenaan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau," katanya.


Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, suspek diberkas anggota unit kereta peronda polis (MPV) Balai Polis Kundasang dengan bantuan orang ramai.


Polis memberkas suspek di hadapan sebuah kedai runcit di Kampung Pinousuk, Kundasang, di sini, hari ini.


Video kejadian itu turut tular di media sosial yang memaparkan suspek diberkas polis dan orang ramai sambil kedengaran suara kanak-kanak yang menangis.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sindiket nk harvest organ bdk2 tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya nak curi kereta, x sangka pula ada budak2 dlm kereta
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2023 08:09 AM | Show all posts
Puas hati aku tengok polis tumbuk penculik tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.078084 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list