View: 11019|Reply: 8
|
[Dunia]
Kehilangan mangkuk tandas emas bernilai 2.8 juta pound sterling masih misteri
[Copy link]
|
|
LONDON - Sebuah karya seni berbentuk mangkuk tandas emas bernilai 2.8 juta pound sterling (dianggarkan RM15.6 juta) yang pernah dicuri lima tahun lalu masih belum ditemukan sehingga kini.
Pendakwa raya, Julian Christopher memberitahu Mahkamah Oxford Crown di selatan England baru-baru ini bahawa rompakan itu hanya mengambil masa lima minit dengan tukul besi ditinggalkan di tempat kejadian.
“Emas itu bernilai dalam lingkungan 2.8 juta pound sterling ketika itu dan diinsuranskan dengan jumlah enam juta dolar AS (kira-kira RM26.5 juta).
"Kerja seni terbabit tidak pernah dijumpai dan emas ini dipercayai dipecahkan kepada bahagian lebih kecil," katanya.
Mahkamah turut dimaklumkan bahawa karya seni yang dicuri pada 14 September 2019 itu mungkin dipotong dan dijual oleh perompak terlibat.
Mangkuk tandas bersalut emas 18 karat yang berfungsi sepenuhnya digelar 'America' dan dicuri dari Istana Blenheim di Woodstock, berhampiran Oxford.
Ia salah satu tarikan artis Itali, Maurizio Cattelan di kediaman megah abad ke-18 yang juga tempat kelahiran Perdana Menteri United Kingdom, Winston Churchill dan rumah Duke Marlborough.
Tertuduh, Michael Jones, 39, mengaku tidak bersalah pada Januari lalu atas pertuduhan mencuri karya seni tersebut.
Dua defendan lain iaitu Frederick Sines dan Bora Guccuk, masing-masing menafikan satu pertuduhan konspirasi untuk memindahkan harta jenayah.
Defendan keempat, James Sheen, sebelum ini mengaku bersalah atas kesalahan pecah rumah. - AFP
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Digunakan atau sekadar hiasan?
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Geliii tak sanggup nak curi pun yuckss |
|
|
|
|
|
|
|
Tiada nilai seni lah maksudnya kalau boleh dipotong2 dan masih laku jadi duit. Nilai hanya pada material.
|
|
|
|
|
|
|
|
lol kemain mangkuk buat guna emas tp tetap juga cuma selet tisu je  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah selamat jadi gelang emas |
|
|
|
|
|
|
| |
|