View: 6198|Reply: 34
|
[Tempatan]
Budak lelaki umur setahun hilang di Tanah Merah Kelantan
[Copy link]
|
|
TANAH MERAH – Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang dalam kejadian di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomca dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Mohd. Asmadi Ariffin berkata, mangsa dikenali Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia satu tahun tujuh bulan.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.02 malam kemudian bergegas ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat.
“Gerakan mencari mangsa dilakukan bersama polis dan orang awam, namun mangsa tidak dijumpai sehingga tengah malam tadi sebelum operasi ditangguhkan.
“Operasi disambung mencari kanak-kanak itu disambung semula pada pagi ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Sementara itu, ahli keluarga mangsa, Muaz Ramli, 33, ketika dihubungi berkata, mangsa dilaporkan hilang secara tiba-tiba selepas selesai makan malam.
Katanya, menyedari ketiadaan mangsa dalam rumah, ibunya mencari mangsa di kawasan sekitar rumah dan kampung.
“Keluarga mangsa terus menghubungi pasukan bomba untuk membantu operasi mencari mangsa,” ujarnya.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Hanya lenyap begitu sahaja dalam rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri betul boleh hilang dalam rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
dia dah pandai bukak pintu sendiri agaknya. ala sedihnyaaaa semoga dijumpai dgn selamat hendaknya |
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 25-2-2025 02:03 PM
dia dah pandai bukak pintu sendiri agaknya. ala sedihnyaaaa semoga dijumpai dgn selamat hendaknya
Mmg weh..anak iols baya2 gini la..hr tu dia berjaya bukak pintu..ha terkejut iols |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 25-2-2025 02:08 PM
Mmg weh..anak iols baya2 gini la..hr tu dia berjaya bukak pintu..ha terkejut iols
i baca komen2 kat fb ramai pulak mak2 yg cerita experiences anak2 sendiri keluar ke halaman, pegi jalan besar, org lain hantar balik tiba2, mostly sebab mak tertidur & tak sedar anak kecik dah keluar rumah. alaaa seram pulak, malang tak berbau. pintu kena ada selak atas mcm pintu kelas kat sekolah, tinggi biar anak tak boleh capai |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu Rabb..Semoga segera dijumpai
Berdoa kpd Allah mohon ditemukan segera
Doa mak antara doa yg paling makbul ...
Tiada pengharapan tertinggi kecuali Allah menemukan kembali kpd anak yg dicintai... |
|
|
|
|
|
|
|
Ker di bawa oleh ayahnya..?? mana
Ada sesiapa lg kat rumah tu .atau hanya ibunya seorg.
Jgn jadi mcm Kes adik zynn sudah.
Semoga ditemui selamat.
|
|
|
|
|
|
|
|
betul..
anak iol 1thn 6bulan..
ada satu hari tu..i tgh basuh pinggan kat dapur..sekejap je tinggalkan dia..tetiba jiran i dtg bgtau anak i kat luar rumah dah..
rumah i bungalow..pagar plk mmg xtutup.. jarak main door ke pagar rumah dlm 40 kaki jgk tau..kebetulan jiran tu meronda2 nak jemput kenduri..dia yg bwk anak i masuk ke rumah..menggigil satu badan..sbb i x expect anak dah pandai bukak sliding door & grille..lps tu i mmg sentiasa pantau dia kalau dia tgh main2..
in a split second dia boleh keluar jauh dah..huhuuuu...nangis i masa tu..
rupanya dia sepak bola..pastu ikut bola tu keluar..
|
|
|
|
|
|
|
|
hanihan16 replied at 25-2-2025 02:17 PM
i baca komen2 kat fb ramai pulak mak2 yg cerita experiences anak2 sendiri keluar ke halaman, pegi ...
Iols gate luar tu mmg berkunci..tp risau juga kut dia dah pandai bukak mangga nanti macamana la. Dah la grill meols utk sliding & tingkp mmg jenis security mesh..jd takyah pakai padlock. Tp bila takde padlock ni..mmg senang la nk keluar kan? Ni hari tu dh nmpk si kecik ni cuba2 bukak lock grill sliding door tu..mujur tgn dia tak kuat lagi. Mmg nk kena pasang cctv kt luar ni nanti..anak iols mmg sejenis lasak & panjang akal sikit..ghisau |
|
|
|
|
|
|
|
delsmomm replied at 25-2-2025 02:56 PM
betul..
anak iol 1thn 6bulan..
ada satu hari tu..i tgh basuh pinggan kat dapur..sekejap je tinggal ...
Omg seramnya uolssss ...kuncilah pagar tu lepas ni..iols mmg sejenis paranoid, pagar mmg kunci sokmo..sbb selalu tgk org share video perompak terus masuk umah sbb gate terbukak camtu je tp tulah..bab grill & pintu tu mmg terkejut bila umur2 setaun setengah rupanya dh pandai bukak kan. Lagi pulak kalau pintu pakai jenis handle panjang tu..senang betul diorang leh capai |
|
|
|
|
|
|
|
eeii knp la ada anak kecik pintu tak berkunci. aku ri tu pon laki aku mandi, aku mandi, tinggal anak kat ruang tamu tgk tv laki aku kunci grill siap2 sebab takut dia keluar.. malang tak berbau. kadang benda nak jadi cm ni laa. sekelip mata je |
|
|
|
|
|
|
|
ye lesson learned..
lps tu mmg overthinking bila xnmpk anak dpn mata..
ni baru jadik masa hujung2 cuti sekolah baru ni je..time kenduri hari2 tu..
lps kejadian tu i lebih berhati2 dgn pintu semua..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcm mana boleh hilang gitu je.
Budak ni dh pandai buka pintu dan keluar kot. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga adik ni dijumpai dgn selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga anak ni dijumpai dengan selamat. Takut jatuh longkang. |
|
|
|
|
|
|
|
ada sedara dtg rumah katanya, i wonder adakah sedara tu yg left the door open? sebab rupanya kejadian berlaku kat rumah nenek. biasalah kalau balik kampung ni kadang sedara dekat2 dtg rumah pintu pun bukak aje |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 25-2-2025 03:02 PM
Iols gate luar tu mmg berkunci..tp risau juga kut dia dah pandai bukak mangga nanti macamana la. D ...
semoga baik2 aje u anak beranak. mmg budak2 time umur gini la diorg suka tiru apa dia nampak & explore. dia dah biasa nampak org lain bukak pintu mcm mana |
|
|
|
|
|
|
|
Memang betul kadang ada budak setahun lebih pandai jalan dan dah pandai bukak pintu sendiri..kalau pintu tak bekunci memang lagi lah senang saja dia terlepas dari rumah |
|
|
|
|
|
|
| |
|