View: 13384|Reply: 2
|
Mak biar anak kecil ke kedai sendirian sambil pegang RM50! hilang tahu pula meraung
[Copy link]
|
|
Jenayah ada di mana-mana tidak mengira waktu dan tempat yang mana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa, termasuklah golongan kanak-kanak.
Banyak kes culik dan hilang berlaku melibatkan kanak-kanak, namun masih terdapat segelintir ibu bapa tidak mengambil serius mengenai perkara itu.
Begitulah senario yang dilihat sendiri oleh seorang wanita, yang mana ia berlaku berdekatan dengan tempat kerjanya.
"Aku baru melangkah keluar dari tempat kerja aku ni. Aku baru je masuk kereta dan nak balik rumah.
"Ada sebuah kereta yang park betul-betul depan tempat kerja aku. Masa lalu dekat kereta tu, dengar budak tu cakap 'Bukalah pintu kereta ni' sambil pegang wang kertas RM50," katanya tanpa mendedahkan lingkungan usia kanak-kanak itu.
Bercerita lanjut menerusi hantaran di laman sosial, katanya, dia beranggapan kanak-kanak perempuan itu hendak ke kedai untuk membeli barang.
Ketika berjalan ke keretanya yang berada di sebelah di tempat parkir, dia sempat meninjau individu yang berada di dalam kenderaan tersebut.
"Siapa dalam kereta tu? Yang ada kat tempat pemandu adalah ibunya. Dan di tempat duduk penumpang hadapan adalah budak tu," ujarnya.
Bagaimanapun katanya, timbul persoalan dan kebimbangan apabila melihat kanak-kanak kecil itu dibiarkan ke kedai bersendirian.
"Aku nak masuk kereta ni, aku terus terjah budak perempuan yang kecil ni. Aku tanya dia, adik seorang ke?
"Dia jawab, ye seorang je kak. Lepas tu melulu budak tu masuk kedai dan aku terus masuk kereta sambil tengok budak tu.
"Aku fikir 'Weh gila apa, berani betul kau (ibu kanak-kanak) bagi anak tu jalan seorang pergi beli barang dan biarkan dia macam tu je'. Pintu kereta tadi pun dia kunci tak bagi budak tu masuk, aku terus 'jammed', tak boleh fikir.
Susulan kebimbangannya terhadap keselamatan kanak-kanak berkenaan, dia menggesa semua ibu bapa supaya sentiasa mengawasi dan memantau anak-anak bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Malah, dia tidak menyangka pertama kali melihat perkara itu berlaku di depan matanya sendiri.
"Awasilah anak betul-betul. Zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi. Dah la ada macam-macam kes sekarang.
"Jangan ego tak bertempat, biarkan anak macam tu je. Aku cerita ni sebab tak boleh tengok situasi macam ni. Budak tu kecil lagi kot.
"Kau park kereta. Keluar sekali dengan anak tu boleh kan. Jimat lagi minyak, anak selamat. Barang yang nak pun dapat. Hargailah orang terdekat. Dah jadi baru la nak menyesal," katanya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pelik betul cerita ni atau aku tersalah baca...pmpuan ni kata dia baru je masuk kedlm keretanya, tiba2 dia lalu dekat kereta mak budak tu, kmudian dia sapa budak tu, budak tu dlm kedai, kat mana part budak tu hilang duit & maknya tau2 meraung??? |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham ko tulis apa.. malas nak baca sekali lagi |
|
|
|
|
|
|
| |
|