CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7050|Reply: 97

Anak tiri balas notis tuntutan selepas setahun, Nora Ariffin memang panas dengan keluarga madu

[Copy link]
Post time 26-2-2025 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Sebenarnya sudah lama Datuk Nora Ariffin berhadapan dengan kemelut melibatkan keluarga suaminya iaitu Dr. Rushdi Ramli sehingga perkara itu telah menjejaskan nama baiknya sebagai seorang penyanyi.

Enggan berdalih mengenai masalah yang berlaku, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 53, akhirnya tampil dengan satu kenyataan yang diedarkan kepada pihak media bagi membersihkan nama baiknya.



Nora mendakwa usaha untuk berbaik dan berdamai dengan madunya serta ahli keluarga tidak berhasil walaupun ia diuruskan oleh Dr. Rushdi sendiri sebaliknya ia bertambah parah apabila anak perempuan Dr. Rushdi iaitu Alia menjadikan media sosial mendedahkan rasa tidak puas hati.

Berikut adalah kenyataan penuh dikeluarkan Nora kepada pihak media pada Rabu.

Untuk makluman dan rekod semua, di atas perkara yang terjadi pihak saya termasuk Dr. Rushdi telah berusaha dalam pelbagai cara untuk berbaik dan berdamai dengan pihak isteri pertama dan keluarga isteri pertama serta ingin menyelesaikan kemelut yang berbangkit di mana antara lainnya Dr. Rushdi telah memberikan nasihat, teguran dan beberapa kali cuba mengaturkan pertemuan antara pihak saya, Dr Rushdi, Puan Rose dan Alia (anak perempuan Dr. Rushdi dan Puan Rose).

Pada 02.12.2024, melalui surat bertarikh 02.12.2024, pihak Dr. Rushdi dan saya telah menyerahkan surat bertarikh 02.12.2024 kepada Alia bagi jemputan untuk Mediasi.



Mediasi tersebut ditetapkan untuk menyelesaikan apa-apa masalah, dengan cara terhormat. Namun Alia tidak hadir dan tidak mengendahkan mediasi yang ditetapkan.

Pada masa material juga, sejak tahun 2019 pelbagai pernyataan telah dimuat naik oleh Alia di media sosial berkenaan saya yang mana telah benar-benar menjatuhkan reputasi saya dan membangkitkan kebencian masyarakat terhadap saya.

Untuk makluman, terdapat pernyataan-pernyataan yang diterbitkan oleh Alia dimuat naik sebelum konsert saya “Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin (30 Years Journey)” yang ditetapkan pada 18.12.2024. Kesannya ia telah menjejaskan promosi konsert tersebut dan penjualan tiket konsert tersebut.

  


Lanjutan itu, saya telah menerima pelbagai tohmahan tidak berasas dan kebencian yang melampau daripada masyarakat terhadap saya yang mana menjejaskan reputasi dan kerjaya saya sebagai sebagai penyanyi yang sudah berkecimpung dalam industri ini semenjak tahun 1991 lagi.

Pada 04.02.2024, satu Notis Tuntutan telah diserahkan kepada Alia melalui peguamcara saya Tetuan Sarah Ali & Co yang menuntut antara lainnya untuk Alia seperti berikut:-

a) Berhenti menyebarkan sebarang kenyataan fitnah atau memudaratkan serta-merta di mana-mana tapak web, media sosial atau platform lain termasuk tetapi tidak terhad kepada Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan Blogspot.

b) Alih keluar sebarang kandungan berunsur fitnah yang telah disiarkan atau kongsi daripada semua laman web, media sosial dan platform yang anda kawal.

c) Berjanji secara bertulis bahawa pihak Alia tidak akan membuat, menerbitkan, atau menyebarkan sebarang kenyataan fitnah tentang saya lagi di mana-mana platform, termasuk yang dinyatakan di atas.

d) Hantarkan draf permohonan maaf awam kepada peguamcara saya dalam masa 48 jam untuk semakan kami.

Setelah diluluskan, mesti menerbitkan permohonan maaf ini di tapak web dan platform media sosial anda selama sebulan.

e) Kompensasi

  


Hanya pada 21.02.2025, Alia membalas Notis Tuntutan bertarikh 04.02.2025 tersebut dengan hanya mahu menurunkan pernyataan-pernyataan yang telah dibuat di media sosial yang telah mendapat tontonan umum atas permintaan bapanya Dr. Rushdi semata-mata dan memohon untuk mengadakan perjumpaan Bersama saya. Tiada permohonan maaf disampaikan dan pembayaran kompensasi dilaksanakan oleh pihak Alia.

Balasan Alia amat menyedihkan berikutan saya telah lama mengalami banyak mudarat yang melampau dan kerugian akibat pernyataan-pernyataan yang diterbitkan oleh Alia tersebut.

Namun begitu, saya pada 24.02.2025, saya merendahkan diri memohon maaf secara terbuka demi untuk berdamai dan berbaik dengan Puan Rose dan Alia.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 04:54 PM | Show all posts
Tak habis lagi nenek seko ni acah2 victim padahal dia yg tak habis2 duk meroyyan kat socmed psl rmhtangga. Tak malu betul org tua seko ni huh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 04:57 PM | Show all posts
eh lantak mu lah, yg bising satu melesia knp.. jantan pun tak tegar..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
poyonya nek nowa neh. serabut la xabis2. ustaz pun lemahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling menyampah dgn penyondol yg fefeling dia lah paling tersakiti & play victim.Dah sondol laki orang ,duduk senyap2 boleh tak .
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Norq ni awet muda yaaa comel
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2025 05:27 PM | Show all posts
Seenia replied at 26-2-2025 05:16 PM
poyonya nek nowa neh. serabut la xabis2. ustaz pun lemahhhh

Lemah???? lemah apa tu?????
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Konsert tak laku pun salah Alia??? Ko mmg tak relevant dah la nenek oii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah bakal menang sorak, kampung tergadai?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
The fact that she blamed anak tiri sbb konsert tak berjaya tu mmg out of the world.
Ustaz, bawak² la suruh bin bernombor dan any famiky members to stop airing the dirty laudry, satu malaya tau ketidakcekapan ustaz as a husband and father. Gagal total.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooooo laaaaa kawin mcm ni x happy pun...baik x yah kawin ...nk sgt dgh laki org x happy pun hidup
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Alia, ko post jer qr code bank account ko kalau perlu, acik2 porem dan persatuan netizen malaysia akan bantu ko cukup2. tentu ko sedih bapak kau setuju utk bini muda dia saman ko. Bingai pny bapak. Patut ko yg protect emosi anak perempuan ko ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi 2nd wife, nak kena hadaplah. Tak payahlah nak berharap supaya dapat berbaik2 dengan isteri pertama atau anak2 isteri pertama. Bukan semua bertuah madu dapat jadi kawan. Dah  cukup bertuah, bini tua senyap je tak de pi mengamuk atau tarik rambut bini muda. Bila ambil keputusan utk bermadu, kena sanggup terima apa juga pakej yang datang bersama, baik atau tak baik. Kawin ngan ustaz bukan syarat dapat perkahwinan poligami yang aman2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Menahan jari dari meluahkan apa yang terbuku di hati. Tumpang baca komen uols je lah
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 26-2-2025 06:07 PM

Anak ustazah mawar boleh counter balik tak? Ada apa2 akta gangguan pihak ketiga tak?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:09 PM | Show all posts
Dah tau kau tu sondol bapak/laki org tu, ada hati lagi kau nak demand mcm2 siap show off yek konon ko dgn laywer. Pak Lebai  tu pun semenggah je. Pensel nan sebatang yang bukan #7.5inci pun nak direbutkannya.

Low curlast la ko Nora oi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah fight dah la Alia. Gasak depa. Alia tulis je permohonan maaf camni copy paste sebijik sebijik permohonan maaf nenek yg MERENDAH DIRI tu. Saya minta maaf & mengaku semua salah saya. dato nora insan yang mulia dan tak pernah salah. Wasalam
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ustaz, silalah jaga bini no 2 awak ni. byk mulit bebenor ni ha.
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Alia better request restraining order untuk mak tiri ni...lagi melayan lg menjadi nenek ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2025 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
menceceh la nek nih…skarang soklannya - jadi ke serai sbb dah bgtau serata alam utk serai nih???
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.362708 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list