View: 9080|Reply: 13
|
Fattah Amin kata kisah personal tak ada manfaaat langsung
[Copy link]
|
|
Semenjak memegang gelaran duda, apa sahaja mengenai kisah peribadi pelakon Fattah Amin akan menjadi perhatian sehingga tular di media sosial.
Bagaimanapun Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 35, dia sebenarnya kurang selesa hal peribadinya diberi tumpuan kerana merasakan ia tidak mendatangkan sebarang faedah kepada orang lain.
Sebaliknya Fattah berharap kisah disebarkan tentang dia bersifat positif dan mendatangkan manfaat kepada orang ramai.
“Saya kalau boleh tak mahulah jual cerita peribadi yang tiada manfaat kepada orang ramai.
“Kalau boleh biarlah benda yang mendatangkan positif dan boleh dijadikan iktibar kepada pembaca. Tak naklah tular disebabkan benda mengarut,” katanya kepada mStar.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Bidaah yang diadakan di Kuala Lumpur pada petang Rabu.
Pun begitu, Fattah tidak cepat melatah apabila kisah peribadinya menjadi tumpuan kerana itu adalah harga perlu dibayar apabila bergelar seorang selebriti.
“Saya rasa itu harga yang perlu dibayar apabila jadi seorang selebriti yang diberi perhatian.
“Maksudnya apa sahaja yang dibuat akan ada orang beri perhatian,” ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Fattah bakal tampil dengan drama bersiri terbaharu berjudul Bidaah.
Bidaah mengisahkan tentang Baiduri (Riena Diana), seorang wanita muda yang dipaksa oleh ibunya, Kalsum (Fazlina Ahmad Daud) untuk menyertai Jihad Ummah iaitu sebuah kumpulan agama yang dipimpin oleh Walid Muhammad (Faizal Hussein).
Namun, Baiduri segera menyedari terdapat banyak perkara mencurigakan di sebalik ajaran kumpulan itu, termasuk perkahwinan paksa dan kepatuhan yang membuta tuli.
Kembalinya Hambali (Fattah Amin) dari Yaman, anak kepada orang kanan Walid, Abi Saifullah (Hasnol Rahmat), membuatkan Baiduri semakin yakin bahawa ajaran Jihad Ummah sememangnya tersasar.
Antara barisan pelakon Bidaah iaitu Vanidah Imran, Faizal Hussein, Fathia Latif, Hasnul Rahmat dan Riena Diana.
Bersama Hambali, Baiduri bertekad untuk melindungi ibunya dan membongkar kebenaran, walaupun nyawanya sendiri terancam.
Selain Fattah, pelakon lain membintangi drama tersebut ialah Faizal Hussein, Riena Diana, Marisa Yasmin, Vanidah Imran, Fathia Latiff, Hasnol, Fazlina Ahmad Daud, Rahmat dan Malia Baby.
Drama sebanyak 15 episod itu akan mula ditayangkan menerusi platform penstriman Viu pada 6 Mac 2025.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dah kalau ko pun menggeletis tak sudah2? Cuba kawal sikit kegeltisan tu..berlaku kayu, nyanyi sengau, tu jela jadi modal basah acik2 keledek kepam |
|
|
|
|
|
|
|
Laku sungguh FA ni, job berderet |
|
|
|
|
|
|
|
lah... iyo jelah.. Apa2 lah bam tah..
kita makan popcorn tengok astro drama rantaian tak ada kesudahan..
ginilah org tak ada bakat seni.. tak habis2 modus cinta garik |
|
|
|
|
|
|
|
Ingat model mana baju kot tu...segak.sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
noor2 replied at 26-2-2025 07:16 PM
Ingat model mana baju kot tu...segak.sungguh
Kalau dia ke saluran yg betul modelling lgi bagus
Sbb nyanyi tak sedap
Belakon kayu
Jd model je kot yg terpaling sesuai dgn dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Se7 dengan komen di atas. Tapi dah alang2 nama tengah naik ni, rembat je segala job yang ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hoola at 26-2-2025 08:06 PM
ye lah betul sgt tu bamtah
biarla tau2 seluruh netijem dan achik2 porem dpt jmptn mkn ns minyak
lg best lg suprise
bkn brita chenta murahan
ada sekor tpaling pikupline
nk muntah terbaca brita this lvl tiap hari sjkduamenjak ni ..bluweerrkkkkkkkmk
|
|
|
|
|
|
|
|
Berapa banyak benang bamtah ni.
Jenuhlah keladis nak mengecam.
Merata2.
|
|
|
|
|
|
|
|
Maknanya mmg dari dulu, bertahun2 dulu Fatah ni mmg terkenal dan mmg nama selalu naik ..betul tak?...sekarang ni pun asyik Fatah je..murah betul rezeki dia |
|
|
|
|
|
|
|
Murahnye rezeki patah. Ada yg panas tp bkn api
  |
|
|
|
|
|
|
|
Cakap tak serupa bikin. Modal atah ni hanya gosip murahan dengan betina. Laki garit untuk betina garit. FA n AO sesuai sangat sebab dua2 penunggang agama. Barula sekufu |
|
|
|
|
|
|
|
Takmo jual citer peribadi konon. Ko gak yg tergedik2. Buat2 malu2 kucen.
Having said that, dia nie mmg alhamdullilah murah rezeki. Muka hensem. Badan segak. Tinggi lampai. Putih cerah. Kulit pun lawa. So mmg sesuai kalo jadi model.
But as soon as ko bukak mulut - terus hilang smart. Not eloquent. Lontaran suara pun x baper cantik.
Sesuai laa ko jadi model aja. Berlakon pun biasa2 je.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|