CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1841|Reply: 5

Langgar Lampu Merah Punca Pelajar Cedera Parah

[Copy link]
Post time 30-10-2023 10:47 PM | Show all posts |Read mode
Jasin: Akibat langgar lampu isyarat, pelajar tingkatan tiga parah apabila motosikalnya dilanggar sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Parit Putat, Sungai Rambai, di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, kejadian pada 2.50 petang itu, menyebabkan mangsa Muhammad Iqram Rosli, 15, patah tangan dan parah di badan.






"Siasatan awal mendapati lori berkenaan dari arah Muar menghala ke Jasin, dan sebaik sampai di persimpangan lampu isyarat AMJ Parit Putat, pemandunya meneruskan perjalanan kerana lampu isyarat hijau.


"Namun, secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Wave dari arah jalan Pekan Sungai Rambai keluar simpang menyebabkannya dilanggar lori yang tidak sempat membrek dan mengelak.


"Akibat perlanggaran, penunggang motosikal yang juga pelajar Sekolah Menengah Sungai Rambai patah tangan dan parah di badan manakala pemandu lori tidak cedera," katanya dalam kenyataan malam ini.


Ahmad Jamil berkata, mangsa dibawa oleh ambulans ke Hospital Muar dan kini dirawat di zon merah.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Terdahulu, tular rakaman video berdurasi 20 saat mengenai nahas itu yang dirakam kamera papan pemuka sebuah kenderaan pengguna jalan raya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Dakwa mak bapa dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh boleh ke umur 15 bawak motor? Bukan 16 ke? Hmm kena siasat ibu bapa budak ni kenapa izinoan bawak motor takda lesen. Kalau meninggei budak tu, nak salahkan pemandu lori atau ibu bapa culas jalankan tggjawab?
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Zmn skg mmg xde bas kt area kampung ke. Xtau knp bdk2 skg g sekolah naik motor sendiri. Mana x jd 'malas'. G sekolah naik motor, cubalah belajar jln kaki ke, naik bas ke. Kemalangan mmg xleh dielakkan , tp bdk bwh 16 skg elok je dpt motor sebiji.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg senang & jimat kalo budak bwk moto sendri p sek walau tadak lesen.
Tu ja nk ckp.
Selebihnya tawakal.
Kalo eksiden gini nnt blajar la dr kesilapan.
Kalo nyawa melayang, kambuih je lar.
Gituhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2023 09:36 AM | Show all posts
ReginaGeorge replied at 31-10-2023 05:06 AM
Eh boleh ke umur 15 bawak motor? Bukan 16 ke? Hmm kena siasat ibu bapa budak ni kenapa izinoan bawak ...

apa nak heran...kat area rumah aku ni...budak darjah 6 dah bawak moto gi sekolah...
mak-bapak jenis sayang tak kena tpt...karang eksiden ...mula la salahkan kenderaan yg langgar...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.039238 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list