View: 3158|Reply: 34
|
Wanita Mengamuk Pekerja Asing Di Pasar Raya Bagi Kroni Gula Subsidi, Orang Tempatan Disuruh Beli Gula Premium
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Seorang wanita mengamuk, pekerja asing di sebuah pasar raya besar di Semenyih, Selangor didakwa menjual gula pasir subsidi kepada rakan senegaranya.
Menurut Narima Basir, pekerja tersebut menjualnya secara ‘bundle’ yang mengandungi 12 pek kepada pelanggan asing terbabit
Tambahnya, ketika dia juga hendak membeli gula tersebut, pekerja terbabit memaklumkan bekalan sudah tiada dan hanya menjual jenis premium.
 Gambar Hiasan
“Tengok ya, aku minta tadi nak beli gula, dia kata ada yang harga RM4.20 (gula premium), memang nak kena dengan aku.
“Tadi ada pelanggan warga asing datang beli satu bundle besar gula merah RM2.80. Kita (orang tempatan) kena beli RM4.20. Tapi orang asing aku nampak bawa troli boleh beli satu kotak gula merah CSR,” katanya di Facebook.
Bercerita lanjut, wanita terbabit memberitahu, selepas mendesak pekerja di pasar raya tersebut, akhirnya dia diberikan satu ‘bunlde’ gula putih subsidi.
“Lepas aku maki baru aku dapat beli satu ‘bundle’ gula. Mana aku nak cari pelanggan asing tadi. Cepat-cepat dia ambil, cepat-cepat dia pergi. Kena maki dengan aku baru dia (pekerja asing) keluarkan. Dia kroni bagi kawan-kawan dia sahaja,” luah wanita itu.
Dakwa wanita itu lagi, pekerja di pasar raya terbabit sengaja menyorokkan bekalan gula putih subsidi agar pelanggan yang datang terpaksa membeli jenis premium sahaja.
Dia juga mendesak pihak berwajib terutama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk mengambil tindakan segera meninjau pasar raya tersebut agar tindakan sewajarnya dapat dilakukan. –CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
hang kena la buat aduan kt KPDN...pastu tengok..ke mana 'arahnya' selepas itu.Tp viral tetap penting sbg 'bahan bukti'. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan..tuk kesekian kalinya..BETAPA BODOHNYA DI PIHAK MSIA INI. |
|
|
|
|
|
|
|
Maneger mana... floor manager pon bangla ke canoooo |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pekerja asing/pati dimaafkan. Nasib mereka lebih malang berbanding rakyat tempatan, kes terpencil je ni.
....ujar presiden NGOk semalaysia |
|
|
|
|
|
|
|
oohh baru tahu kerja pasaraya termasuk kategori 3D.
kesian rakyat malaysia dah la kena gaslighting 24/7 dikata malas, subsidi pun kena curi. |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 27-10-2023 06:24 PM
oohh baru tahu kerja pasaraya termasuk kategori 3D.
kesian rakyat malaysia dah la kena gaslighting ...
Mmg keja kt pasaraya sgt berisiko sis.....kotor, geli, blh meletup dan berlaku kebocoran gas sbb tu gomen x bagi rkyt tempatan kerja |
|
|
|
|
|
|
|
ada betolnya kot. angkut gula subsidi berisiko jugak, bole patah pinggang dibuatnya. baik hati sungguh menteri yg fikirkan semua nih. sgt caring akan kesihatan dan keselamatan rakyat sundirik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Salah satu sebab kenapa subsidi harus bersasar. Semoga subsidi bersasar dapat dilaksanakan dengan cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
Import la byk2 lagi warga asing kerja kat sini.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedari dulu iols memang tak de masalah ni sbb pakai brown sugar dan selalu beli 5-6 kilo sekali. Buat jelly le apa pun brown sugar tapi kaler tak cantik lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Kerajaan sampai dah tak terbayar subsidi sebab penggunaan dan keperluan barang yang bersubsidi semakin tahun semakin bertambah. Bukan sebab rakyat malaysia sekelian bangsa terlalu subur untuk beranak pinak tapi kepincangan pengurusan kerajaan membuat warga asing masuk dan masuk dan masuk ikut la pintu celah mana pun boleh. Alahai Malaysia. SADIS tul |
|
|
|
|
|
|
|
Gula tu racun.
Jarum halus nak bagi pekerja asing mati cepat le tu.
Yang mengamuk ni mesti gundu pelahap gula.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 27-10-2023 09:20 PM
Bingit nye suara, terus tak jadi komen pasal isu. Bangla Bangla ntah berapa kali nak ulang. Nak buat content pun, bahasa tu bagi cantik sket baru orang dengar pun tak berbulu, dengan suara bingit lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni aku pi beli gula kat minimart bawah rumah. Sekali bayar rm4+. Rupa2nya aku pi beli premium punya.. nak wat caner, itu je yg ada kat minimart tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Besar pangkat dia dalam pasaraya tu, sampai boleh tentukan penjualan gula.. dah terang buat salah, saman kaw2 dan deport balik negara dorang.. nak buat chelaka kat negara orang dah kenapa.. tapi yang paling chelaka, yang bagi kawan tu kerje, dan pihak pentadbir negara yang pekak buta dan bisu dengan isu warge asing ni |
|
|
|
|
|
|
|
Natang btul bangsa asing seangkatan friska babu ni |
|
|
|
|
|
|
|
Satu-satunya negara di dunia ni yg warga asing ditatang bagai minyak babiss yang penoh, ummah tanah ayer kat hutan mampos kebuloq padan mooka katanyeh. Puihhh! |
|
|
|
|
|
|
|
kan..xkan pekerja low level tu memandai2
xkan manager goyang kaki je xtau apa2.. mcm tu boleh la dtg rompak pasaraya tu
manager boleh kata xtau tak taw 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|