CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13194|Reply: 95

To'Ki Jumpa Rumah Sewa Tapi Cuma Dua Bilik Sahaja, Nak Cari Ada Ruang Besar

[Copy link]
Post time 26-10-2023 07:54 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi, To'ki masih mencari sebuah rumah yang boleh memenuhi keperluan keluarga termasuklah ibu mentua yang tinggal bersama.


Katanya, dia masih belum menemui rumah sewa yang sesuai.






"Saya ada jumpa satu rumah di kawasan Gombak, tapi ia hanya dua bilik. Tak sesuai untuk saya dan keluarga.


"Selain bilik tidur sendiri, ibu mentua juga tinggal bersama. Selain itu, saya perlukan satu bilik untuk buat rakaman lagu. Buku-buku saya pun banyak, kenalah ada ruang yang cukup.


"Jadi sekarang ini saya masih lagi mencari rumah sewa baru," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


Dalam pada itu, To'ki memberitahu dia juga sudah menyelesaikan tunggakan bayaran sewa rumahnya kini yang terletak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.


Malah, penyanyi ini nekad untuk berpindah kerana enggan timbul lagi sebarang masalah berbangkit dengan pemilik rumah berkenaan.






"Saya dah selesaikan semua hutang. Walau pun dah bayar semua tunggakan saya tetap akan berpindah keluar.


"Kenapa perlu tinggal di rumah ini lagi kalau ada masalah dengan pemiliknya. Lebih baik saya cari tempat baru," ujarnya.


Sebelum ini nama To'ki menjadi bualan hangat selepas pemilik rumah sewa berkenaan mendakwa dia gagal menjelaskan bayaran sewa berjumlah RM3,600 selain tunggakan bil elektrik berjumlah RM6,000.


Dalam perkembangan lain, To'ki memberitahu dia kini mula aktif di media sosial dan menjadikan platform itu sebagai salah satu sumber kewangan untuk menampung kehidupan harian.


"Hari ini (Khamis) pun saya sibuk beli kelengkangan supaya senang nak buat live. Di media sosial ramai yang beri tanda like dan gift. Di situ boleh buat duit, jadi apa salah saya menyanyi di situ.


"Saya masih lagi menulis lagu dan memenuhi undangan menyanyi," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak dengo umpatan korang .. ni baru lps khatam uguyan pd bangnon
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
So sebenarnya nak berapa bilik ni?
Mampu ke nak bayar sewa bulanan kalau pilih rumah besar?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius la beli kelengkangan..wartawan punnnnn type la elok2
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cepat2 la xda sapa nk tgk u sana
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboiii demanding juga ko yek....
Kalau duit berkepok bawah tilam, boleh la nak demand itu ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakcik ni kalau betul banyak ‘buku-buku’ takkan ko tak pnah terjumpa phrase ‘beggars can’t be choosers’
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa lah yg tolong selesaikan tunggakkan sewa tu semua  berharap tuan rumah charge benda2 yg nak kena repair & cuci bersih
rumah tu,  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke yg berani sewakan?


Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilik bt lagu konon. Sejak bila ko ada klrkan lagu
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata nk aktif di media sosial untuk menampung sewa rumah yg lebih besar
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ekau beli ajelah banglo Xila tu
7 bilik

Mampu dengan tak mampu je
Ukur baju di badan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Geli la tgk dia ni ngn gigi kuning, dye rmbut kaler rempit. Ntahla sorry terpaksa shaming
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Heols elok duk kwsn diva aa tu banglo kos rendah ada laman jugak. Kwsn tu msti murah jah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:15 PM | Show all posts
kalo si tua ni tetiba termeninggal, adakah komen poremer tone down dan suci murni atau menten maki hamun
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewa umah sajat kt damansara tu. Besar ckit. Boleh main lari2...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2023 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan tokki dgn sesapa yg beliau bakal berurusan nanti semoga masalah sama tak berulang.. (mood insaf baru lepas baca bad indigo meninggal)
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kotornya muka. Bila last mandi ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah jumpa kat petronas mintak duit nak isi minyak
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 09:57 PM | Show all posts
Amboi ..dulu dok kt hutan elok je tk demand nk bilik bagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2026 05:20 PM GMT+8 , Processed in 1.206752 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list