|
View: 10557|Reply: 5
|
[Politik]
Menunjuk Ke Telinga Budak Lelaki : Saya PM 10 Tahun Sahaja
[Copy link]
|
|
|
Edited by ^CUN_GILA~. at 21-2-2026 11:03 AM
BANTING: Had tempoh jawatan Perdana Menteri selama dua penggal atau 10 tahun akan bermula pada pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata, prinsip itu penting bagi memastikan pindaan yang dicadangkan tidak dilihat menyasarkan kepemimpinan akan datang, sebaliknya bermula dengan kerajaan hari ini.
“Ya, bermula daripada saya lah. Maknanya jangan saya buat undang-undang untuk orang lain.
“Undang-undang itu mesti terpakai untuk saya dulu,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Seri Cheeding di sini, semalam.
Anwar tiba di pekarangan masjid kira-kira pukul 1.30 tengah hari bagi menunaikan solat Jumaat bersama hampir 700 jemaah.
Beliau dan jemaah mendengar khutbah bertajuk ‘Menghidupkan Ramadan Dengan Ibadah Yang Berkualiti’ yang disampaikan oleh Imam Masjid Kampung Seri Cheeding, Zamhari Mohd. Darwi.
Sebelum ini, Jemaah Menteri bersetuju menetapkan had maksimum 10 tahun atau dua penggal tempoh jawatan Perdana Menteri sebagai langkah memperkukuh tadbir urus negara dan keseimbangan kuasa dalam pentadbiran.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penggubalan undang-undang termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibentangkan di Parlimen pada sidang kali ini.
Perdana Menteri berkata, cadangan berkenan telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dan ia wajar disegerakan sekiranya memperoleh konsensus majoriti ahli Parlimen.
Katanya, tempoh 10 tahun adalah mencukupi bagi mana-mana pemimpin yang mahu berkhidmat secara ikhlas kepada negara untuk melaksanakan agenda dan tanggungjawab dengan sebaiknya.
“Saya ingat sesiapa yang mahu berkhidmat dengan ikhlas kepada negara, 10 tahun itu cukup memadai untuk dia lakukan sebaiknya.
“Selepas itu, wajar kita beri ruang kepada rakan-rakan lain meneruskan khidmat,” katanya.
Sumber gambar:
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/02/had-pm-10-tahun-mula-dengan-saya-anwar/ |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang layak menjadi pm selepas nuar brahim? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Abahcow Jene Wibewe bole
Eddy Awe dia jer betol bole
Noosi sembang kencang bole
Hemzeh anak sabsidi minyak bole
Kemal pejuang Melayu bole |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia kata beri peluang pada rakan lain
Kire pak Zahid la calon PM ek? |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tak ada ja dari muka2 yang kita kenal. anyway PM bukan kita yang pilih pun, geng2 depa juga yang tentukan undi UMNO dapat lah najib gitu.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 21-2-2026 12:20 PM
Siapa yang layak menjadi pm selepas nuar brahim?
Harapnya lepas pru16 nanti akan muncul presiden parti2 yg baharu yg boleh diharap utk bawa Malaysia ke hadapan. Antara nama2 yg aku harap naik:
Pkr: Akmal Nasir
Umno: Asyraf Wajdi
Pan: Muhammad Faiz Fadzil
Pas: Khairel Nizam
Dap: Syahredzan Johan
Selain tu, KJ & Shahrim Hamdan pun ok jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|