CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 7811|Reply: 0

[Jenayah] Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden pembunuhan - Polis

[Copy link]
Post time 19-2-2026 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Skyline_84 at 19-2-2026 12:45 AM

Kuantan-Adik bongsu suspek merupakan individu terawal menyedari tentang kejadian tragis yang meragut lima nyawa ahli keluarganya di rumah mereka di Cherating Damai, Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, saksi memaklumkan dia terdengar bunyi pertengkaran kira-kira pukul 7 pagi ketika berada di dalam bilik tidur.


Menurutnya, sebaik keluar dari bilik dan menuju ke arah dapur, saksi mendapati ibunya dalam keadaan berlumuran darah.
Ibunya sempat menjerit meminta pemuda itu mendapatkan bantuan daripada bapa saudara yang tinggal di belakang kawasan perumahan sama.

Apabila saksi dan bapa saudara tiba di rumah berkenaan, semua mangsa termasuk suspek didapati terbaring dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.

Ashari berkata, rumah tersebut dihuni lapan ahli keluarga termasuk suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan, isterinya seorang suri rumah, dua anak perempuan, ibu serta tiga adik lelaki.

Bagaimanapun, ketika kejadian hanya enam individu berada di rumah berkenaan.

Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 32 tahun itu tidak mempunyai rekod rawatan mental atau kesalahan lampau.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai mencederakan isterinya, Nurul Asshiykin Kamaruzaman, 33, sebelum menyerang ibunya, Tuan Kamaria Tuan Puteh, 55.

Suspek juga menyerang dua anak perempuan mereka, Nur Saffiyah Humairah, 4, dan Nur Sumayyah Humairah, 2, sebelum mencederakan diri dan turut meninggal dunia.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk tangan, telinga dan leher.

Polis turut merampas sebilah pisau sepanjang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Bedah siasat terhadap suspek dan isterinya telah dijalankan pada Selasa, manakala proses sama bagi ibu serta dua kanak-kanak terbabit disambung pada pukul 9 pagi Rabu.



Sumber:mstar, Bernama

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2026 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.336730 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list