CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11704|Reply: 198

Remaja Minta E-Hailing Berhenti Di Jambatan Pulau Pinang Sebelum Terjun, Diselamatkan Oleh Nelayan

[Copy link]
Post time 25-10-2023 08:53 AM | Show all posts |Read mode
Georgetown: Remaja perempuan yang diselamatkan selepas terjun Jambatan Pulau Pinang semalam, dikatakan menempah perkhidmatan e-hailing untuk ke Terminal Bas Sungai Nibong, di sini.


Dia bagaimanapun meminta pemandu berhenti di jambatan itu kerana mendakwa pening serta mahu muntah, sebelum hilang.


Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai, Hasrul Rizal Ghazali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di Kilometer 3.4 JPP menghala ke Georgetown pada 7.10 malam.


Remaja berusia 15 tahun yang bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang berjaya diselamatkan nelayan.





Katanya, ketika pasukan tiba, remaja berusia 15 tahun itu sudah diselamatkan nelayan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).


"Remaja itu yang berasal dari Perlis menaiki kenderaan e-hailing dari arah Perai dan meminta pemandu berhenti di atas jambatan sebelum terjun.


"Turut ditemukan ialah pakaian sekolah mangsa, bersama tag nama. Dia juga dipercayai menempah e-hailing menggunakan akaun individu lain kerana nama tertera tidak sama dengan tag namanya," katanya ketika dihubungi.


Dalam pada itu, pengusaha bot pancing, Hashim Mohd Said, 58, berkata, ketika menyelamatkan remaja perempuan itu, mangsa terapung dan tidak meronta, sebaliknya seperti terpinga-pinga.


"Saya dan seorang lagi pembantu terus mengangkat mangsa ke dalam bot dan membawanya pulang ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) sebelum diserah kepada pihak berkuasa," katanya.


Menurutnya, sebelum itu dia dihubungi rakan yang meminta menyelamatkan mangsa selepas dilihat jatuh ke dalam laut.


Hashim adalah nelayan yang mengusahakan bot pancing selama 40 tahun, sudah menyelamatkan puluhan mangsa yang terjun dari JPP.


"Bot kami sentiasa bersedia membantu menyelamat apabila diperlukan, selain turut membantu pasukan penyelamat mencari mayat mangsa yang hilang di laut," katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 09:03 AM | Show all posts
hebat gak dia leh terapong noh..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa akuu.. hahaha.. ape masalah depa  ontahlaaa.. doc pun ckp makin ramei biol.. itu yg dpt rawatan.. yg tak dpt rawatan berlmbkk
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 25-10-2023 09:03 AM
hebat gak dia leh terapong noh..

Kalo dah Allah ckp belum kojol..  mcm tu laa.. tersangkut laa.. tibe tibe terapunglaa..

Kalo dah ajal tuuu.. cantik sihat tiba tiba habisss..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap lopes ni hidup ko bersinar ye dikk.. bkn hidup ko je malap.. ramai lg yg malappp..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab dia buat rileks je bila dalam air pasal tu la dapat dia terapung..klau nak lemas cepat kena gelabah mengelupur kaki tangan confirm x smpai seminit tenggelam..mmg panjang ajal dia lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...

Klinik psikiatri gomen ni mmg terlalu sesak dah..nak jumpa doktor klau x kronik tu mmg berbulan baru dpt jumpa..sebab tu ramai give up nak jumpa doktor...orang yg ada masalah mental ni klau xde org lain nak tolong bawa n bagi semangat mmg x pergi le jumpa doktor
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
budak ni pandai berenang kot, dia masuk air tak panik, badan auto terapung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
apa la yg dia hadap tu..bertabah la dek..org kt palestine merayu nk hidup tau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan: Smlm aku pi unit psikitrrik..  ...
Semoga direzekikan kesembuhan dgn izin dan rahmatNYA. Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...

akak buat apa pergi situ?
kwn opis i yg i tahu so far 3 org depress..
knp ek blh jd gitu..seriusly i xberapa faham punca puncanya knp..sbb hidup xhappy byk mslh ke?
sorry i curious gila nk tahu

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:27 AM | Show all posts
manehnya replied at 25-10-2023 09:03 AM
hebat gak dia leh terapong noh..

kalau ko tak panik dlm air yg tenang, peace and relax mmg automatik terapung la. yg buat tenggelam dan lemas ni pasal panic.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 25-10-2023 09:33 AM
akak buat apa pergi situ?
kwn opis i yg i tahu so far 3 org depress..
knp ek blh jd gitu..seriusly ...

Aku pun tak tau.. ikut ckp doc bhn kimia dlm otak tuu terlebih rembes.. mcm ko secawan aku mgkin seteko.. cam tu laa konsepnyaa.. effectnyaaa ko kena marah dgn bos sedih sehari jee.. aku pulak sedih setahun.. mcm tu laa.. sbb tuu susah nak move on... Cam shu bini hafiz tuu nape tak move on mcm sarah mgkin salah satu faktor sbb ini kot.. lamberttttt lg dia redha dan move on...

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 25-10-2023 09:26 AM
Klinik psikiatri gomen ni mmg terlalu sesak dah..nak jumpa doktor klau x kronik tu mmg berbulan ba ...

Aku nak pi pun takes timee . Takuttt . Skrg ni baru ade rasa konpiden.. memula aku pi.. kalo org toreh kulit rasanyaaa takde darah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:47 AM | Show all posts
Nak bunuh diri, tiba2 lupa tau berenang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...

Lebih kepada tekanan ni. Masa PKP rasanya lagi ramai. Malahan kalangan profesional pun ada ke sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-10-2023 09:06 AM
Smlm aku pi unit psikitrrik.. berlmbknya dptkan rawatan.. tgk semua nmpk normal sihat je termasuklaa ...

https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=977063&highlight=Jaga%2Borang%2Bsakit&mobile=2


Wartawan cari dah predict awal
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tambang bayar x kat pemandu ehailing tu? X bayar Naya weh. Da la kat jmbtn x blh nak stop lama2.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 25-10-2023 12:07 PM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=977063&highlight=Jaga%2Borang%2Bsakit&mobile=2
...

Mmg ramai sis.. muda muda..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 25-10-2023 12:00 PM
Lebih kepada tekanan ni. Masa PKP rasanya lagi ramai. Malahan kalangan profesional pun ada ke sana ...

Yeppp.. sbb tu taliam nur laa taliam befrienders tuu wujudd .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.076774 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list