CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4551|Reply: 0

[Sabah] Eksesais KEKAR MALINDO tingkatkan keupayaan ketenteraan

[Copy link]
Post time 23-10-2023 10:36 PM | Show all posts |Read mode


HORMAT: Hashim (tengah) ketika menerima kawad hormat daripada semua pegawai dan anggota yang terlibat.

TAWAU: Eksesais Keris Kartika Malaysia dan Indonesia (KEKAR MALINDO) yang diadakan di daerah ini bertujuan meningkatkan keupayaan kedua-dua negara dalam konteks peperangan konvensional dalam ‘Fasa Ofensif.

Panglima 13 Briged, Brig Jeneral Hashim Osman berkata, latihan gabungan bersama itu melibatkan pegawai serta anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI-AD).

Katanya, objektif utama eksesais ini adalah untuk memperkukuhkan persefahaman, hubungan baik dan kerjasama antara TDM dengan TNI-AD.

“Latihan Bilateral sebegini pastinya akan dapat meningkatkan tahap kompetensi pegawai dan anggota dari segi taktik, teknik dan prosedur dalam aspek taktikal.

“Bagi merealisasikan keupayaan tempur, pasukan bantuan formasi 5 Divisyen seperti Armor, Jurutera dan Artileri Medan serta elemen bantuan khidmat 13 Briged turut terlibat dalam eksesais kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan perasmian Eksesais KEKAR MALINDO siri 46 AB/2023, di Padang Kawad Batalion Ke-126 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Kukusan, di sini, pagi tadi.


PESERTA: Hashim bersama semua semua pegawai dan anggota yang terlibat dalam majlis pembukaan Eksesais KEKAR MALINDO.

Menurutnya, konsep ‘Learn and Relearn’ haruslah sentiasa diadaptasi dan diaplikasi dalam setiap latihan yang dilaksanakan.

Katanya, Eksesais Bilateral secara gabungan seperti ini adalah medium terbaik dalam mengenal pasti kelemahan atur gerak dan meningkatkan kesefahaman taktikal kedua-dua negara.

“Semua yang terlibat diingatkan supaya mengutamakan disiplin, keselamatan dan mematuhi arahan yang telah dikeluarkan.

“Saya berharap pegawai dan anggota yang terlibat dapat melaksanakan eksesais ini dengan penuh komitmen serta bersungguh-sungguh,” katanya.


PENGHARGAAN: Hashim dalam sesi pemakaian toha kepada beberapa pegawai dan anggota TDM dan TNI-AD.

Sementara itu, Komandan Yonif 613/Raja Alam, Letnan Kolonel Inf Danan Wisnubrata berkata, latihan bersama ini mempunyai nilai yang sangat strategik bagi TNI-AD dan TDM.

“Ia inisiatif yang baik bagi menjalin kerjasama untuk meningkatkan kualiti dan profesionalisme tentera antara kedua-dua Angkatan Darat.

“Kami berharap latihan ini dapat dimanfaatkan sama ada saling bertukar kemampuan dan keterampilan serta kerjasama kedua-dua pihak,” katanya.

Terdahulu, Eksesais KEKAR MALINDO kali ini melibatkan seramai 66 pegawai dan 693 anggota dari Formasi 13 Briged termasuk anggota sukarela Rejimen 516 Askar Wataniah mewakili TDM.

Manakala, TNI-AD pula diwakili Batalion Infanteri (Yonif) 613/Raja Alam, Tarakan yang terdiri daripada 10 pegawai bersama 65 anggota lain-lain pangkat.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.192248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list