CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5839|Reply: 43

Guru Wanita Dipecat, Sekarang Hidup Gelandangan Dan Berkeliaran Sekitar PJ

[Copy link]
Post time 23-10-2023 04:39 PM | Show all posts |Read mode
Badan Pengurusan Bersama (JMB) sebuah pangsapuri dekat Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini memaklumkan seorang wanita yang juga bekas pendidik di sebuah sekolah swasta dikatakan terpaksa hidup sebagai gelandangan dan berkeliaran di sekitar Petaling Jaya kerana hilang punca pendapatan selepas diberhentikan.


Sekitar Mei 2023, beberapa bulan selepas dipecat sebagai guru, dia didakwa hanya bergantung kepada wang simpanan untuk membeli makanan melalui applikasi e-hailing.


Foto: Majoriti




Tidak hanya itu, bekalan elektrik dan air di kediaman sewanya juga turut dipotong akibat bayaran tertunggak.


Wanita tersebut enggan keluar rumah dan hanya mengunci diri dari dalam unit kediaman itu.


"Dia meneruskan kehidupan dengan meminta ehsan jiran-jiran untuk memberikannya makanan dan minuman.


"ihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Petaling telah melawat wanita itu di kediaman sewanya, namun dia tetap enggan keluar dari situ.


"Difahamkan, tindakan mengusir keluar hanya boleh dilakukan oleh pemilik unit tersebut, tetapi difahamkan pemilik ketika ini berada di Amerika Syarikat (AS)," katanya.


Lebih malang, waris dan ahli keluarga kepada bekas guru itu didakwa sama sekali enggan bertanggungjawab dalam kes tersebut.


Sekitar September lalu, pemilik unit melalui ejen yang dilantik bertindak memotong kunci dan terpaksa mengusir wanita tersebut dari kediamannya kerana tunggakan sewa dan pada masa sama mereka enggan menimbulkan masalah lain.


Berdasarkan perkembangan terkini, wanita itu mula berkeliaran di sekitar pekarangan pangsapurinya untuk tidur dan mencari makanan dan tempat tinggal sejak Oktober lalu.


JMB turut merayu pihak media untuk menguar-uarkan kisah ini agar kes tersebut mendapat perhatian segera dan nasib wanita malang itu juga terbela. —CARI


Sumber: Majoriti
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 04:41 PM | Show all posts
bawaklaa dia ke jkm..kurang terjaga makan minumnya...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, dibuang kerana dfitnah atau sakit jiwa??
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
nampak kesian
tapi why ek, cikgu² jenis bila jadi sesuatu yg negatif diorg kadang² xpandai berfikir
contohnye tadi dikatekan makan guna ehailing - mahal kot kan?
and citer lain berkaitan guru plak, selalu kene scam

terpikir sungguh aku, guru pandai bile mengajar
tapi maybe bab sepak terajang kehidupan yg susah diorg xdpt nak adapt, gitu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
cutieslilies replied at 23-10-2023 04:41 PM
bawaklaa dia ke jkm..kurang terjaga makan minumnya...

kan...apa da dorang tu...sedangkan PATI senang lenang kt depo..mkn hasil pembayar cukai...napa rakyat Msia ada masalah x dibantu...
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:48 PM | Show all posts
macam masalah mental je

tapi based on my experience, JKM memang susah nak amek orang macam ni

unless dia boleh membahayakan orang ramai je, baru diorang amek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-10-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
knp dia tak ajar tuisyen ke buat kerja lain?
tgk pada decision dia lepas diberhentikan tu rasa mcm tak sihat mental ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2023 04:58 PM From the mobile phone | Show all posts
i rs cikgu.ni da gile, family dia pun buang dia, bangse ape ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2023 05:00 PM | Show all posts



Ish kesian pulak. Patut masa sheols dipecat, cepat2 gi apply kerja speedmart ke, restoran ke, sales girl ke. Sekurang2nya lepas duit sewa. Pastu cari kerja mengajar lain. Kecualilah sheols ni ada problem mental ke atau mendera budak kat tempat kerja lama ke.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 07:43 AM | Show all posts
eh, kesian jugak eh.. ex cikgu ni knp kena buang?
pastu family mana?
byk persoalan demi persoalan ...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah pengundi2 PH.... Zaman Mahaldahni je krisis kemanusiaan tahap teruk macam ni berlaku..... Ingat tuan tuan, salah pangkah dapat tahi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 07:58 AM | Show all posts
Dia ni alami kemurungan teruk kot.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Depression teruk ni.  Rasanya reason dia kena pecat pun sebb tu la kut.  Dah tu kurung diri tak nak keluar confirm ada mental health issue.  Tapi pelik family tak nak ambil tau walaupun dah di kontek jkm.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:02 AM | Show all posts
org ada potensi mengajar kenapa wasted?
family dia tu penghuni nerako


Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Perwira2022 replied at 24-10-2023 07:49 AM
Tahniah pengundi2 PH.... Zaman Mahaldahni je krisis kemanusiaan tahap teruk macam ni berlaku..... In ...

Tak de kena mengena la bengong.  Kau gi la check diri tu tak habis2 mencirit pasal parti politik sana sini.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada arnab kucing tu kasi terapi depression
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 08:14 AM | Show all posts
Perwira2022 replied at 24-10-2023 07:49 AM
Tahniah pengundi2 PH.... Zaman Mahaldahni je krisis kemanusiaan tahap teruk macam ni berlaku..... In ...

Eh tiber
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian.. nampak macam ada masalah berkaitan mental.. semoga cikgu ni dapat rawatan dan cepat pulih jika betul2 sakit..
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:09 AM | Show all posts
Mau tak depressed? Tapi tu la, kesian. Habis savings beli makanan through Grab je. Mental state tengah tak betul, judgment pun ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:22 AM | Show all posts
Semoga dipermudakan segala urusan cikgu tersebut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058318 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list