CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5346|Reply: 0

[Sabah] Jadikan pemeriksaan kanser satu rutin tahunan

[Copy link]
Post time 22-10-2023 05:43 PM | Show all posts |Read mode


SIMBOLIK: Nizam (tiga kanan) ketika merasmikan Program Kesedaran Kanser di kampung berkenaan.

TAWAU: Inisiatif Persatuan Sukarelawan Kanser Sabah (PSKS) menjalankan Program Kesedaran Kanser dapat memberi manfaat kepada masyarakat khususnya penduduk luar bandar.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program itu mampu memberi kesedaran dan pemeriksaan awal terhadap penyakit kanser.

Katanya, penyakit kanser ini adalah pembunuh nombor tiga di Malaysia dan ia tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat masa kini.

“Masyarakat khususnya wanita di negeri ini perlu jadikan pemeriksaan kanser sebagai rutin tahunan kerana ia boleh dirawat sekiranya dikesan lebih awal.

“Kanser payudara dan rahim sangat popular dalam kalangan wanita kerana banyak kes penyakit ini sukar dirawat disebabkan lambat dikesan oleh pihak hospital,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas berkata demikian ketika ditemui dalam majlis perasmian Program Kesedaran Kanser di Kampung Sungai Gading, di sini semalam.



PENGHARGAAN: nizam menerima cendera kenangan daripada Penyelaras PSKS Tawau, Liyana Kota.
Menurutnya, program ini harus kerap dilaksanakan terutamanya di kawasan luar bandar kerana selain memberi kesedaran, penduduk juga boleh membuat pemeriksaan kanser lebih awal.

“Saya difahamkan juga, program ini turut mendapat kerjasama daripada pegawai perubatan Klinik Kesihatan dan Hospital Tawau.  

“Sebagai wakil rakyat di kawasan ini akan terus memberi sokongan dan dokongan supaya PSKS dapat melaksanakan program dalam skala yang lebih besar lagi di kawasan luar bandar,” katanya.

Nizam berharap supaya penduduk di negeri ini dapat memberikan sokongan kepada PSKS dan jangan melepaskan peluang untuk membuat pemeriksaan kanser kerana ia diberikan secara percuma.

Katanya, pemeriksaan awal dapat membantu mereka yang mempunyai penyakit kanser dirawat dengan segera dan sembuh seperti sedia kala.

“Kita sedia maklum kekangan penduduk luar bandar yang sukar datang membuat pemeriksan di hospital atau klinik kerana lokasinya yang jauh dan memerlukan kos.

“Justeru, saya berharap dengan adanya program yang dilaksanakan seperti ini dapat dimanfaatkan dan kita tidak mahu lagi penyakit kanser ini menjadi antara pembunuh utama rakyat Malaysia,” katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:03 AM GMT+8 , Processed in 0.051579 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list