CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10789|Reply: 85

Kutipan Tabung Aman Palestin Tak Dibenarkan Di Perlis

[Copy link]
Post time 15-10-2023 08:35 PM | Show all posts |Read mode
Kangar: Kutipan Tabung Aman Palestin di setiap premis agama Islam di Perlis sudah pun dihentikan berkuatkuasa 12 Oktober lalu sehingga siasatan terhadap badan bukan kerajaan (NGO) itu selesai.


Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs), Ustaz Najmuddin Abdul Karim berkata, kebenaran sudah ditarik semula buat sementara waktu bagi menunggu siasatan terhadap kutipan berkenaan selesai.


Gambar hiasan




"Dalam hal ini kita melakukan tindakan penguatkuasaan dan berdasarkan surat yang dikemukakan kepada kami (JAIPs) daripada Mufti Perlis menerusi pejabat Jabatan Mufti Negeri Perlis ada beberapa aduan yang diterima berhubung kutipan itu.


"Oleh itu, kita memulakan siasatan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.


Katanya, sebelum surat penarikan semula kutipan Tabung Aman Palestin itu dikeluarkan dan dikuatkuasakan, pihaknya sudah pun bertemu dengan perwakilan daripada NGO berkenaan mengenai situasi yang berlaku.


"Surat penarikan semula kebenaran itu dikeluarkan setelah kita membuat perbincangan dengan Aman Palestin dan Jabatan Mufti," katanya.


Usaha untuk mendapatkan komen daripada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan.


Sebelum ini, Berdasarkan laman Facebook rasmi ProMedia Tajdid pada 11 Oktober lalu ada memuatnaik surat bertarikh 24 Ogos tahun ini yang dikeluarkan oleh jabatan mufti negeri itu yang meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) supaya tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam negeri itu.


Pada 9 Oktober lalu juga, Dr Mohd Asri dalam hantarannya di aplikasi X meminta orang ramai berhati-hati dengan 'scammer' atau sindiket penipuan yang cuba mengambil kesempatan mengumpul dana kononnya untuk membantu rakyat Palestin.


"Hati-hati dengan penunggang nama Palestin!" katanya.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 08:41 PM | Show all posts
Tulah banyak juga dengar pasal NGO yang satu ini. Dorang pun giat buat iklan dekat semua medsos. Bukan mahal ke iklan-iklan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa ceo n board director aman palestin?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr asyik perang kutip derma
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Maaf la...aku kalau derma Gaza Palestine macam skeptical sikit2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2023 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak derma untuk palestine ni kat mana yang sahih punya? Kat tv hijrah tu berlambak pulak iklan ngo untuk derma palestine ni sampai jadi taktau nak pilih yang mana.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakbaju replied at 15-10-2023 10:28 PM
Kalau nak derma untuk palestine ni kat mana yang sahih punya? Kat tv hijrah tu berlambak pulak iklan ...

Aman Palestin tu soheh cuma sekarang ni ada isu sikit la sebab alif apa tah nama dia tu, dia question kenapa banyak sgt AP ambik utk cover kos admin, sekian2 juta je yg di kasi kat Palestin, so ramai lah org meloncat. Tp xpasti AP dah buat statment ke belum sebab sebenarnya Alif tu xleh lah nak terus2 cop AP songlap duit ke apa sebab dalam badan ngo kita kan ada hire jg staff professional, semua tu kan kena hidup jg, so kena bayar jg gaji proper etc, takleh la cakap mentang2 tu ngo, means semua org buat kerja guna air liur je xperlu duit gaji, kalau mcmtu sape je nak kerja ngan badan2 ngo, dah la xde epf xde pencen. Something like dat la. So Perlis ni mungkin ambik langkag selamat dia hold dulu sampai AP at least defence la diri, keluar statment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari comment seorang mutual friend kat FB. For me nice jg la pov dia, just AP pun perlu clarify jg isu ni. Kalau diam2, means betul lah kan Alif tu persoalka  mcm ada tiris.


Commented by: Mohd Fauzi Bashir

Haha aku rs AA ni sdg bina profile yg dia mampu scrutinise semua org. Dan org ats pagar nmpk dia hero.

Aman Palestin office d negeri2, d cawangan, office d luar negara. Kalau list down satu2, akan self explained. Tp dia amik topline saja.

Keja NGO kalau gaji 1.2k atas sbb ni keja amal, sapa lah yg nak stay lama2 buat keja ni full time. Ngo mana2 kalau nak sustain kna gaji standard mcm exec lain. Else tiap 2m org resign sbb dpt keja tetap, ada carumah epf, ade insurance co.

AA ni jiwa dia spt dia x suke geng lebai2, n expect geng lebai kena gaji kecik. Kalau buat keja ngo, kalau boleh amik cukup utk hidup saja bulanan. Sdg kan yg di hire ada skills. Ada competency.

Logically speaking AP kna byr gaji setimpal juga. Pej kena reasonably presentable else sapa nk percaya itu pertubuhan yg sah, legit dll.

AA ni ada bisnes psl scrutinise hal semua org. Antaranya scrut. Dia supply rekod asal kereta recon. Pernah eksiden atau x dll. Dia sdg bina profile dia lah penyiasat agung. Utk kereta boleh la. Rekod BnW. Utk organisasi, siapa dia nak argue decision. Sbb dia bukan lantikan trustee. Laporan ke sprm awat x buat? Sbb dia nak fame saja.

Also dia maybe expect staf AP stayback smpi midnite (setup and clean up event space) tu tak dibayar. Keja amalkan. Hahaha.

OT, competency charges semua utk exec dunia kotporat je. NGO x boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 15-10-2023 10:44 PM
Aman Palestin tu soheh cuma sekarang ni ada isu sikit la sebab alif apa tah nama dia tu, dia quest ...

Baca kat porumer atas tepek hanya 10% je yang diorang kasi ke palestine. Lagi 90% diorang bedal  untuk management cost katanya termasuk gaji staff.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Atata at 16-10-2023 12:25 AM
kotakbaju replied at 15-10-2023 10:55 PM
Baca kat porumer atas tepek hanya 10% je yang diorang kasi ke palestine. Lagi 90% diorang bedal  u ...


Taklah sampai 90%, analogi amran fans tu je kot?

Edit: Dia cakap yg 90% tu dia nak pahamkan pembaca yg even dah buat audit pun, tak bermakna dorang betul, so dia buat analogi even dah buat audit pon, kalau kau balun 90%, 10% je hantar ke gaza pun tak guna. Aa itu dia tulis tp bukan maksud dia betul2 90%. Total2 yg AP ambil sekitar 30% means masih dalam % yg dibenarkan. Cuma itulah, AP kena jg statement balasan kan baru nampak real picture.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:43 AM | Show all posts
but still banyaklah, yang dibenarkan hanyalah 30% je kan. Korang sebelum join ngo pon dah tahu kerja ni berbentuk kerja amal, dahtu nape expect korang dibayar gaji berbillion2? kalau nak buat untung tu, buatlah side income macam organize event, jual merch, bagi talk, etc. Duit derma tu orang derma sah2 untuk kelestarian ummah palestin sana. Sekian meols palatao.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 05:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu orang cakap NGO senang buat duit. Tu yg bersepah sampai kat pasar malam pun ada tabung Palestine, Bina Masjid dll.

Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
i mmg kalau bab palestin derma kat cgm ja. yg nadir tu. kalau yg lain mmg tak lah. sbb i join telegram dia n dia mmg slalu update kegiatan kat situ. cinta gaza malaysia ni pula antara yg dah standby dgn supplier yg boleh salurkan brg2 dlm keadaan yg emergency
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:14 AM | Show all posts
kali terakhir aku derma gang2 Palestine dekat Malaysia ni, 15 tahun lalu, lepas kantoi mereka aktiviti mereka dicurigai, aku langsung tak derma dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 16-10-2023 08:27 AM

Derma dekat2 jah, masjid saudara mara susah kucing anjing kelaparan sbb direct terus kepada penerima
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:44 AM | Show all posts
drg da di audit ke belum?
sblm ni isu dgn nadir al nuri (cinta gaza ) tu sbb derma sampai / tak kan? dan nadir tu bagi laporan audit NGO dia, tp AP ni xberkutik plk pasal laporan audit tahunan
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 08:50 AM | Show all posts
Baguslah...yg sepatutnya terima tak sampai kang
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 15-10-2023 10:44 PM
Aman Palestin tu soheh cuma sekarang ni ada isu sikit la sebab alif apa tah nama dia tu, dia quest ...

Ada audit tak....

Mcm MAIPS....semua akaun ada audit....yg Dr Maza tak bg kutip tu, sbb byk yg tak audit....audit pun mcm, expenses terlalu mewah sgt

Klu tahfiz tu, student ada le 20-30 org....tapi dok ulang kata bumbung dah nk reban....pdhal pengetua pakai keta mewah....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.082864 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list