View: 33242|Reply: 0
|
Ibu merungut beg sekolah anak berat ‘kalah beras’
[Copy link]
|
|
Di aplikasi TikTok, seorang wanita turut membuat luahan mengenai perkara itu sehingga perkongsiannya meraih perhatian ramai.
Menurut wanita tersebut, anaknya terpaksa membawa beg yang berat dengan pelbagai buku setiap hari, namun masih tidak belajar seperti sepatutnya di sekolah.
"Setiap hari murid kena bawa buku sebeban, berkilo-kilo kalah berat beras. Balik dari sekolah, buku semua kosong. Bila ditanya belajar apa di sekolah tadi? Jawabnya tak belajar.
"Runsing tak tahu nak rasa apa. Sebagai mak, aku bukan nak sekolah ringankan beg sekolah anak aku, tapi aku nak tengok anak aku pergi sekolah dan belajar," tulis wanita itu.
Dalam hantaran sama, wanita itu mendakwa Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) lebih serius dalam mendidik murid-murid berbanding sesi persekolahan biasa.
Jelasnya, dia merasakan tiada keperluan untuk pihak sekolah membazirkan waktu pembelajaran dengan pelbagai majlis yang tidak sepatutnya.
"Kafa dah berhelai-helai buku bertulis, nampak bertanda oleh ustaz dan ustazah, nampak belajarnya. Sekolah Kebangsaan? Majlis guru pindah la, majlis itu ini, orang luar datang jual buku cerita setahun berpuluh kali.
"Sambutan itu sambutan ini. Ada je acara lain selain belajar. Terlalu banyak masa digunakan untuk yang tak wajib. Ini sekolah rendah tau, belum menengah lagi.
"Mansuhkan segala peperiksaan, end up semua jadi banyak main. Sumpah aku rindu persekolahan zaman aku," tulisnya lagi dalam hantaran tular itu.
Teguran terbuka yang dibuat wanita itu menerima hampir 150,000 tontonan dan turut menerima banyak komen termasuklah penjelasan daripada seorang guru.
"Minggu pertama memang kami tak boleh mengajar puan. Ikutkan kami nak terus masuk gear tiga. Kami penat set up program minggu pertama.
"Buat kertas kerja, dekorasi kelas, gotong royong sekolah... kerja-kerja yang bukan hakiki. Tapi itu arahan atasan. Nampak mudah di mata ibu bapa.
"Jadi marilah ibu bapa join muafakat dengan pihak sekolah bagi mengurangkan beban kerja bukan hakiki guru. Kami nak sangat diberi hak mengajar saja sepenuh masa," jawab guru itu.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|