CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3563|Reply: 1

'Permainan kotor' rompak emas berbasikal trek

[Copy link]
Post time 30-9-2023 03:00 PM | Show all posts |Read mode

Pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom ketika beraksi dalam acara pecut Sukan Asia di Hangzhou. - AFP

HANGZHOU: Atlet berbasikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sebenarnya yakin dapat menyumbangkan pingat emas buat negara namun 'permainan kotor' tuan rumah merencatkan segalanya.

Shah Firduas berada dalam keadaan terbaik malah dia tahu di mana tahap kemampuannya apabila turun beraksi di temasya Sukan Asia, Hangzhou kali ini.

Kata Shah, emas dalam kedua-dua acara yang sertainya iaitu pecut individu dan keirin seperti dirompak.

"Keputusan dibuat komisar tidak masuk akal. Apa yang pelumba kita buat semuanya dikatakan salah.



"Jika peminat lihat sewaktu perlumbaan akhir keirin, saya memang yakin saya boleh menang, tapi ketika itu ada pelumba lakukan kesalahan dan sepatutnya perlumbaan itu dimulakan semula atau dibatalkan.

"Tapi bila mereka lihat pelumba China, Zhou Yu tengah mendahului, mereka buat tak tahu saja.

"Kami membuat bantahan kepada komisar tapi tidak dilayan. Mereka buat bodoh dan kesemua komisar itu adalah dari China," katanya.

Perkara sama turut berlaku ketika acara pecut individu yang mana ketika pertarungan perlumbaan pertama, kemenangan Shah dibatalkan dengan kemenangan diberikan kepada Zhou Yu.

"Saya hanya melanggar bahu dia sedikit sangat yang mana kesalahan itu patut diberi amaran saja bukan kemenangan saya dibatalkan.

"Saya tahu apa yang saya buat dan memang saya tidak melakukan kesalahan. Bantahan dibuat tapi kami tidak dilayan. Memang pelik dan juri di sini juga pelik," katanya.

Bagaimanapun Shah bersyukur sekurang-kurangnya dia dapat menghadiahkan dua gangsa dalam kedua-dua acara yang disertainya itu. Biarpun gagal melunaskan sasaran emas seperti yang ditetapkan buat kontinjen berbasikal, dia terpaksa akur apabila berdepan situasi yang di luar jangkaan seperti itu.

Meskipun tanpa kehadiran 'abang Long' Datuk Azizulhasni Awang, Shah berkata dia sentiasa mengambil sesuatu itu sebagai satu tanggungjawab yang diamanahkan kepada dirinya dengan sepenuh hati.

"Memang terkesan bila tiada Azizul dan saya yakin jika dia ada bersama kali ini, memang emas dalam genggaman kita.

"Bila ada dua pelumba di final keirin berbanding hanya seorang, kita boleh merancang strategi yang lebih baik," katanya yang akan diberi cuti seminggu selepas tamatnya temasya kali ini.

Skuad berbasikal negara menutup kempen di temasya kali ini dengan kejayaan menyumbangkan empat pingat gangsa.

Dua pingat gangsa dalam acara pecut berpasukan dihadiahkan menerusi trio wanita Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah dan Anis Amira dan trio lelaki Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan dan Muhammad Fadhil sebelum Shah menyumbangkan satu gangsa dalam acara pecut dan keirin.

Untuk rekod, pencapaian skuad berbasikal di Jakarta-Palembang adalah satu emas, satu perak dan satu gangsa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... mas-berbasikal-trek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
X pe la shah. Anda pemenang dihati kami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 03:55 AM GMT+8 , Processed in 0.301887 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list