View: 1551|Reply: 10
|
Atlet Boling Negara Peluk Islam, Tertarik Dengan Amalan Rakan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Tertarik dengan amalan yang dilakukan rakan Muslim lain mendorong atlet boling wanita negara Nerosha Keligit Thiagarajan terbuka hati untuk memeluk Islam semalam.
Atlet berusia 27 tahun itu melafazkan dua kalimah syahadah di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan, petang semalam.
NEROSHA memeluk Islam di Ibu Pejabat Perkim semalam. FOTO Perkim
Perkara itu disahkan menerusi Facebook Perkim yang memaklumkan Nerosha memeluk Islam di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Perkim Kebangsaan Muhammad Jais Mariappan Abdullah.
Nerosha berasal dari Sarawak berkata, dia tertarik juga dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang taat mengerjakan ibadah.
Katanya, dia sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadah lain.
"Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT," katanya.
Mengikut rekod, Nerosha antara atlet yang menyinar dalam sukan boling apabila mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Selain itu, dia juga memenangi perak pada temasya Sukan Sea 2021 di Hanoi selepas menduduki tempat kedua dalam acara berpasukan wanita.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols mix iban-india ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 22-9-2023 09:32 PM
Sheols mix iban-india ke?
apa??? Swakian lg???
ghisau..benang sebelah minta 'kuar'. |
|
|
|
|
|
|
|
..huhu! Anutan melalui hidayah/kerohanian biasanya terbentuk dari pemikiran yang mendalam dan matang berbeza dengan melalui cinta yang akan pudar saat hilang cintamu oh oh oh..
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah... seorang lagi saudara baru. Sekarang ni Islam semakin popular untuk dianuti, even di negara2 barat. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu Wayang. Banyak dh contoh yg kita lihat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia meninggal esok untung ooooo
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 23-9-2023 08:20 PM
Kalau dia meninggal esok untung ooooo
Yg bermakna yg idup la ni...kira cam 'RUGILA'??? |
|
|
|
|
|
|
|
kalau mati terus takpe.
kena lalu sakaratul maut. iman mmg dalam bahaya la.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|