CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10736|Reply: 47

Darvnrajh Dibunuh Kerana Dendam Lama, Enam Rakan Diberkas

[Copy link]
Post time 22-9-2023 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Alor Gajah: Enam individu diberkas polis selepas dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan kejam seorang pemuda R. Darvnrajh, 24, yang mayatnya ditemui dengan 18 kesan tikaman di dalam semak di tepi jalan, Ladang Gadek, Kemuning dekat sini, 16 September lalu.


Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, susulan penemuan mayat mangsa, satu operasi Op Kejam telah digerakkan melibatkan sepasukan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Alor Gajah.


Ujarnya, kesemua suspek berusia 18 sehingga 24 tahun itu ditahan di sekitar kawasan Tampin pada minggu lalu.


MAYAT Darvnrajh ditemui di dalam semak di tepi jalan Ladang Gadek, Kemuning, Melaka, 16 September lalu.




“Pada 20 September lalu kita telah memperoleh keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas pasangan ibu dan ayah kepada individu dilaporkan hilang di Tampin, Negeri Sembilan iaitu Darvnrajh dan mendapati ia sepadan dengan mayat ditemui.


“Ekoran daripada itu, polis telah menggerakkan Op Kejam dan berjaya memberkas enam individu yang merupakan rakan kepada si mati,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.


Tambahnya, saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati kesemua suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.


“Siasatan polis juga mendapati punca mangsa dibunuh adalah kerana rasa tidak puas hati melibatkan dendam lama.


“Permohonan reman ke atas semua suspek telah dibuat dan dibenarkan sehingga 24 September dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan tanda tanya kehilangan seorang pemuda, R. Darvnrajh, yang tidak pulang ke rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan sejak 10 September lalu terungkai dengan penemuan mayat dipercayai mangsa di dalam semak di kawasan di Kemuning.


Ibu mangsa, K. Vathma, 55, memberitahu, dia telah dimaklumkan oleh pihak polis mengenai penemuan mayat seorang lelaki di dalam semak dan dipercayai telah mati akibat dibunuh.


Hasil laporan bedah siasat mendapati mayat si mati mempunyai kesan tikaman sebanyak dua kali di leher, di dada (6), kaki kanan (4), tangan kiri (2), kaki kiri (3) dan satu di tangan kanan.


Selain itu, tulang kepala si mati juga retak pada bahagian sebelah kiri, dua tulang leher patah, tulang lengan tangan kanan patah, tulang lutut dan kaki patah, tulang rahang retak pada beberapa bahagian dan tiga kesan luka pada jantung.


Menurut Vathma, anak sulung daripada dua beradik itu tidak pulang ke rumah selepas keluar menonton wayang bersama-sama tiga rakannya di Melaka.


“Jika benar mayat pemuda itu anak saya, saya tak dapat bayangkan bagaimana dia menderita sebelum menemui ajal apabila dibunuh secara kejam dipukul dan ditikam tanpa belas kasihan.


“Apalah salah anak saya diperlakukan sedemikian. Dia anak yang baik, lembut dan tak pernah buat aniaya pada orang,” kata Vathma.




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe la depan aci Baik pijak semut tak Mati
Maybe kawan2 dia dendam sebab mending Ni hensem sgt
Maybe dia ada hutang ke..
Maybe la

Maybeee
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti kes rebut perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:22 PM | Show all posts
bila tgk umur suspek.. dari 18 ke 24.. dh pndai nk membunuh2 org.. dendam lama apa klu umur korg masih muda.. omg.. makin lama makin seram ngn bebudak skrg nie..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:26 PM | Show all posts
umur muda lg
dendam ape la sgt tu


Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:26 PM | Show all posts
nampak lebih kepada dendam peribadi kot...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2023 02:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tengok kawasan semak2 ni dekat ladang kelapa sawit. Kat ladang2 ni banyak geng ala2 kongsi gelap. Ko overtake kereta dorang yang bawak slow pon boleh jadi issue. Bini bergaduh pasal tempat sidai baju pon boleh bawak sekampung. Yg melayu pon sama naik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:39 PM | Show all posts
azimodin replied at 22-9-2023 06:26 AM
Kalau tengok kawasan semak2 ni dekat ladang kelapa sawit. Kat ladang2 ni banyak geng ala2 kongsi gel ...

Lalu kawasan Kelley, iolls overtake motor sorang ni sbb slow. Alih2 heolls kejar & block iolls. Haaa kau ingat aku takut. Iolls sekali sembur maki hamun, terus heolls blah. Jgn kasi naik kepala je. Deyols igt deyols ni gangster kat Malaysia ni. Dia tak tau kita lagi ramai gangsters jaga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 02:47 PM | Show all posts
Erm .. masa anak dia hilang si mak ni ada post sebarkan gambar anak dia dalam satu group fb di Tampin, minta bagi info kalau ada sesapa yg jumpa/ternampak.

Respond dari post tu ada dari jiran, kenalan dan rakan sekerja mengatakan mendiang ni mmg org baik.  
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Prickford replied at 22-9-2023 02:39 PM
Lalu kawasan Kelley, iolls overtake motor sorang ni sbb slow. Alih2 heolls kejar & block iolls. Ha ...

Masa iouls duduk estate dulu sampai ada kes bakar mpv manager. Dorang target manager lain tapi rupanya manager baru dah masuk.. kat estate baru ni pulak beberapa minggu lepas ada masuk berita & surat khabar pasal geng2 dorang bergaduh kat roundabout sampai jadi kes polis. Kawasan2 red zone ni memang idok le iouls berani nak cari gaduh dengan dorang ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:57 PM | Show all posts
bangsa keling ni memang sampah masyarakat, satu bebanan kpd negara

kalau di india, keling2 ni anti islam...di malaysia pun sama, kawan mereka adalah bangsa bengali
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
azalia72 replied at 22-9-2023 02:47 PM
Erm .. masa anak dia hilang si mak ni ada post sebarkan gambar anak dia dalam satu group fb di Tampi ...

Ada baca kt FB, budak melayu bekas classmate pun claim mending ni budak baik.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 03:09 PM | Show all posts
Prickford replied at 22-9-2023 02:39 PM
Lalu kawasan Kelley, iolls overtake motor sorang ni sbb slow. Alih2 heolls kejar & block iolls. Ha ...

kat Bangi Lama ni pun sama naik mereka ni. Satu hari pokcik hon satu motor bangsa ni keluar simpang tak tengok kiri kanan sambil tangan kiri pegang handphone bergayut sambil bawak motor. Dia siap patah balik kejar kereta pokcik. Dah cakap nak report polis dia boleh kata pergilah report polis. Dia tak takut. Last-last lepas tunjuk kad kuasa pokcik terus dia blah. Amik no plet motor dia terus buat report polis. Cover in case kalau ada isu lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
amyza82 replied at 22-9-2023 02:59 PM
Ada baca kt FB, budak melayu bekas classmate pun claim mending ni budak baik.


terigt india yg pukul & bakar (arwah) sosilawati & the gang.... semua ex-classmate pun puji loyer tu org baik2... yg melayu pun kata tak rasis & sgt baik, tak kacau krg etc. sekali... di samun 30juta pastu lupuskan orgnya

ehhh tkde kaitan dgn mangsa yg ni ... yg ni mangsa . Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak cerita pula apa dendam nya
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg didendamkan tu?
Muka helok gini.
Habis jahanam dibelasah ditikam.
Apa yg merasuk tah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2023 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni kategori muka helok la kot dikalangan dieorg.. sampai hati kawan sendiri buat kejam.. tikam semua bahagian. Jahat betul. Teringat pulak kes kat johor india kena tegur dgn melayu.. lepas tu India n the geng masuk tgh malam rumah melayu tu dirogol bininya depan suami.. bini depression sampai meninggal. Kadang kita nak berbuat baik dgn bangsa ni pun takut..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Td baca kat metro akibat dendam deepavali tahun lepas suspek kena tangkap polis sbb bwk n main mercun kat kwsn rumah mangsa. Family mangsa report polis. Tapi nak jadi cerita sabtu lepas masa suspek tgh mabuk2 boleh teserempak dgn mangsa, depa ajak masuk keta minum lepastu belasah sampai jadi mendiang
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 06:46 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 22-9-2023 02:26 PM
umur muda lg
dendam ape la sgt tu

dendam kesumat
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2023 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanye dendam pasal mercun jek…gilosss btol…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047409 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list