CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15167|Reply: 5

[Politik] Sudah-sudahlah tu, Hadi

[Copy link]
Post time 7-11-2024 07:57 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 7-11-2024 11:57 AM

Seorang bekas pemimpin kanan PAS berpandangan betapa Presiden PAS Abdul Hadi Awang sepatutnya sudah berehat daripada karier politik ketika ini.

Menurut Mohd Nakhaie Ahmad namun apa yang berlaku ialah, pengikut PAS bahkan menyanjung Ahli Parlimen Marang terbabit secara berlebihan.

Malah, kata Nakhaie yang pernah menjadi Naib Presiden PAS itu, ketika ini tiada sesiapa pun yang berani bersuara untuk mencadangkan agar Abdul Hadi berundur daripada politik serta parti.

"Haji Hadi patut berehat dah. Tapi pengikut dia duk angkat dia ke tahap dewa.

"Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat," katanya dalam hantaran ringkas di Facebook, hari ini.

Untuk rekod Mohd Nakhaie meninggalkan PAS dan menyertai Umno pada 1989 di sebalik kedudukannya yang senior dalam parti tersebut. Anak kelahiran Kedah itu kemudian dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Terdahulu dia turut tampil dalam polemik kesahihan dakwaan Abdul Hadi yang dia bermimpi bertemu Nabi Muhammad SAW dan diminta mendamaikan perseteruan di antara golongan Sunni dan Syiah.

Walaupun tidak menyebut secara langsung Mohd Nakhaie antara lain berkata, antara tanda sesuatu ajaran itu sesat ialah apabila ia diambil daripada mimpi bertemu Rasulullah dan menerima arahan daripada baginda.

MalaysiaKini

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2024 12:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan gaji buto!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:30 AM | Show all posts
Kalau nak pegang jawatan Presiden parti sampai mati pun orang tak kisah. Tapi berilah peluang kepada orang lain untuk bertanding dalam pilihan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 08:35 AM | Show all posts

Umur Hadi Awang = 77 tahun
Umur Donald Trump = 78 tahun

Seorang tak sabar nak masuk kerja. Seorang lagi kerja ke, tak kerja ke, sama sahaja, gaji tetap masuk
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2024 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah berjalan pun berpimpin bagai. Undur lah dgn segala hormat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-11-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.053428 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list