CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 43362|Reply: 27

[Tempatan] 'Terlalu banyak dalam parit sampai dah jemu nak makan'

[Copy link]
Post time 3-11-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode
'Terlalu banyak dalam parit sampai dah jemu nak makan'


TELUR dihasilkan udang betina. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Dek lambakannya di sekitar kawasan Mukim Ayer Hitam, Muar, Johor, udang kara air tawar yang asalnya berharga mencecah sehingga RM100 sekilogram kini seolah tiada harga.

Penduduk di kawasan berkenaan dikatakan boleh menangkap udang kara air tawar berkenaan di dalam parit di hadapan rumah mereka sahaja sehingga sudah jemu untuk memakannya lagi.

Saintis Masyarakat, Mohd Ilham Norhakim Lokman berkata, isu ancaman udang berkenaan agak unik berbanding spesies lain kerana ia boleh dijual di pasaran dan dimakan.

"Biasanya spesies invasif ini lebih menjurus kepada ikan sahaja. Seperti ikan bandaraya, ia mungkin tiada harga dan tidak dimakan oleh majoriti masyarakat di negara ini.

"Namun spesies udang ini, orang makan dan memang diternak secara komersial serta mempunyai harga yang agak tinggi di pasaran. Namun ia terlalu banyak di kawasan saliran di Ayer Hitam hingga tahap menakutkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dia yang juga Penyelidik Pelawat enCORe Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) memaklumkan boleh menangkap 30 ekor udang berkenaan dalam tempoh sejam menggunakan bubu.

"Bayangkan sebelum ini kawasan parit di hadapan rumah penduduk yang sebelum ini ada ikan asal seperti sepat, puyu dan haruan kini semakin berkurangan dan lokasi itu didominasi udang berkenaan.

"Penduduk tidak perlu bersusah payah untuk beli udang kara ini pada harga mencecah RM100 ( sekilogram) berikutan ia boleh tangkap di hadapan rumah.

"Udang ini semakin banyak di saliran parit di kawasan ladang. Apa yang membimbangkan jika spesies udang 'pendatang' ini masuk ke kawasan Hutan Simpan Ayer Hitam Utara kerana difahamkan seekor udang betina boleh menghasilkan 100 ke 1,000 telur," katanya.

Dia yang aktif menyertai kajian dan program kesedaran bersama pakar daripada universiti tempatan berkata, komuniti di kawasan berkenaan mula menunjukkan minat dan sedar mengenai spesies udang 'pendatang' berkenaan.

"Selepas beberapa program yang kami anjurkan, masyarakat yang sebelum ini menganggap udang ini spesies tempatan mula tahu mengenai ancaman udang kara dan berminat untuk mencegahnya," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2024 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Udang longkang
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah best nya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Crayfish kan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
matamata replied at 3-11-2024 07:21 PM
Crayfish kan?

Bukan crayfish rasanya. Badan crayfish lebih pendek kan???

Btw, ni lah masanya peniaga ambil kesempatan offer menu udang cth megi udang, udang celop, mee udang. Jual mur2 …mesti viral
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap k udang ini?
Aku tetap suka udang laut gak
Paling sedap udang rimau liar
Antra lobster dgn udang rimau
Tetap udang rimau paling sedap
Dulu masa pkp, puas makan org jual sekilo rm40
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2024 08:09 PM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-11-2024 08:06 PM
Sedap k udang ini?
Aku tetap suka udang laut gak
Paling sedap udang rimau liar

Chuols ada gout tak tu ..duk sabah kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Offer je le orang luor mancing  udang tu sambil bukak gerai depan rumah jual ayor ke makanan. Mesti berebutz orang datang. Itu pun nak kena cakap. Hmmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2024 08:25 PM | Show all posts
Onar udang 'pendatang'

UDANG kara Red Claw boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat. FOTO Arkib NSTP

Seremban: Sedap dimakan, namun jika terlepas ke perairan umum, spesies 'pendatang' ini berisiko mengancam ekosistem dan kehidupan ikan air tawar tempatan di negara ini.

Meskipun ancamannya kini tidak serius berbanding ikan baung ekor merah atau ikan bandaraya (suckermouth catfish) namun ancaman udang kara air tawar Red Claw atau Blue Crayfish (cherax quadricarinatus) berasal dari Australia ini tetap perlu diberi perhatian.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan Kasim Tawe berkata, spesies berkenaan mempunyai ciri atau sifat pemakanan yang sama seperti ikan bandaraya dan dikategorikan sebagai omnivor.

"Udang ini awalnya dibawa masuk untuk diternak secara komersial oleh pengusaha kolam di seluruh negara.

"Kebiasaannya ada restoran tertentu menawarkan menu masakan udang kara air tawar ini. Bagaimanapun, udang ini sukar ditemui dijual secara terbuka di pasar.

"Pihak restoran akan menempah udang ini terus daripada pengusaha kolam pada harga sekitar RM40 ke RM55 sekilogram," katanya.

Kasim berkata, udang 'pendatang' ini bagaimanapun dikesan memasuki perairan umum mungkin disebabkan kejadian banjir di kolam atau dilepaskan dalam jumlah yang kecil oleh penternak persendirian yang menjadikannya sebagai ikan hiasan di dalam akuarium.

Jelas beliau, pelepasan spesies ini ke dalam perairan awam boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana ia boleh bersaing dengan spesies tempatan untuk makanan dan habitat menyebabkan perubahan dalam biodiversiti perairan terbabit.

KASIM menunjukkan udang kara dan spesies ikan yang dilarang import ke Malaysia. FOTO Ahmad Hasbi

"Udang ini adalah spesies invasif yang akan memakan telur ikan serta anak ikan yang ada di perairan sesuatu tempat. Ia tidak makan ikan hidup yang bersaiz besar.

"Ia juga makan tumbuhan seperti rumpai yang mana memberi saingan kepada ikan tempatan. Ikan tempatan juga tidak makan udang ini kerana kulitnya yang sangat keras melainkan ikan pemangsa seperti toman.

"Apabila saingan sengit, anak dan telur ikan tempatan dimakan udang asing ini seterusnya menyebabkan ikan tempatan di sesuatu kawasan yang dimonopoli udang ini akan berkurangan," katanya.

Menurutnya, kehadiran udang kara air tawar dalam kuantiti yang banyak di perairan awam turut boleh menyebabkan kerosakan kepada tumbuhan air dan struktur ekosistem.

"Udang ini biasanya menggali lubang di dasar sungai atau tasik, yang boleh mengganggu struktur tanah dan menyebabkan hakisan.

"Aktiviti ini juga lama-kelamaan boleh memberi kesan negatif terhadap tumbuhan akuatik dan hidupan air lain yang bergantung kepada habitat itu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sehingga kini pihaknya belum menerima aduan mengenai kehadiran spesies berkenaan di mana-mana sungai di seluruh Negeri Sembilan.

"Inventori yang kami jalankan sebelum ini menerusi program memburu spesies pendatang juga tidak pernah menemui udang ini di Negeri Sembilan.

"Bagaimanapun, ada aduan yang kami terima secara tidak rasmi menerusi media sosial mendakwa udang ini ditemui di tasik dekat Taman Tasik Seremban," katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:25 PM | Show all posts


..mahal owh udang longkan



Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2024 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 3-11-2024 08:09 PM
Chuols ada gout tak tu ..duk sabah kan

Dah ada
Skrg menu ikan goreng dan ayam goreng
Sayur air jer, pastu dinner skip
Tpi kdg langgar pantang gak
Pastu nyesal bila x boleh jalan
Pastu ulang balik
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 09:45 AM | Show all posts
overnya sampai cemuihhh


sok2 susah nk dapat
ko berkokok jugak


ape pun tak boleh


Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 02:11 PM | Show all posts
Meriahnya sarangnya.. tengah cult tu..
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Sombongnyer oghang muo. Sampai jemu tu?

Sedap ke udang tu? Kalau sedap, tangkap pastu juallah luar muar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu belah sana kan ada projek bela udang ni then ada return besar termasuk eksport keluar pastu ramai la membela. Last last kena kincin, takde yg dtg beli nak eksport bagai. Penternak modal dah abis apa lagi buang dlm sungai la, longkang la sbb tu byk sana. Joholean bodo sikit tak tau camna nak lupuskan spesis pendatang nih
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 08:55 AM | Show all posts
tidak pernah rasa udang kara ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2024 09:01 AM | Show all posts
ehh udang ni sedap la.. cuma isi dia xbyk..
kulit je beso..isi sikit..
tp for me sedap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:16 AM | Show all posts
makan hari2 nnti  kena gout
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
vespa_oren replied at 3-11-2024 08:06 PM
Sedap k udang ini?
Aku tetap suka udang laut gak
Paling sedap udang rimau liar

Biasa je rasa udang rimau...udang sungai lagi manis sedap...
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2024 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-11-2024 08:25 PM
Onar udang 'pendatang'

UDANG kara Red Claw boleh mengganggu keseimbangan ekosistem tempatan kerana  ...

Terlalu tak mengapa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak mengapa
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-12-2024 03:26 PM GMT+8 , Processed in 0.234418 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list