View: 5405|Reply: 4
|
"Dulu Ada Majalah Mangga Dan URTV, Cerita Gosip Tak Sebut Nama"- Noryn Aziz
[Copy link]
|
|
Noryn Aziz memberikan pendapatnya tentang perbezaan isu kontroversi pada masa dulu dan juga kini.
Kata Bintang All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu, kontroversi pada zaman kini secara dasarnya lebih tertumpu untuk mensensasikan sesuatu perkara dengan tujuan viral.
Foto: IG
“Kalau zaman sekarang ini memanglah nak kontroversi, nak viral itu ini. Kalau dulu kita hanya ada majalah majalah sahaja sebagai contoh Mangga dan URTV.
“Seronok untuk dibaca dan kadang-kadang di majalah atau surat khabar juga adalah cerita cerita gosip tapi tidak sebut nama pun.
“Sebagai contoh A bercinta dengan B, B sudah cemburu, begitu sahaja hintnya. Tak ada sebut nama pun tapi zaman sekarang terang-terang kita dah tahu,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun kata Noryn, penggunaan media sosial memainkan peranan penting terhadap impak sesuatu isu sama ada yang direka atau pun tidak.
“Ada dua kesan sama ada positif atau negatif. Pertama kita boleh mencerahkan apa-apa yang ada di dalam kegelapan.
“Jadi kita tidak adalah menimbulkan fitnah daripada cerita-cerita yang tidak benar.
“Tapi ada juga kalau sengaja direka, pada saya jangan sampai mengaibkan diri sendiri, keluarga dan orang lain.
“Memanglah sekarang ini itu caranya, kadang-kadang cerita tak ada kena mengena pun dengan lagu.
“Tapi itulah cara marketing sekarang dan kita faham cuma macam yang saya katakan tadi jangan sampai mengaibkan orang lain, diri sendiri dan keluarga. Hati-hati,” pesannya. -CARI
Sumber: Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang pon ada la noryn gossip tak sebut nama. gossip cik bunga, lagi sakit hati nak teka.lagi senang terjadi fitnah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rachel_Green replied at 16-9-2023 02:02 PM
sekarang pon ada la noryn gossip tak sebut nama. gossip cik bunga, lagi sakit hati nak teka.lagi sen ...
Sampai sekarang tak tahu gosip siapa penyanyi bertudung bermak esah. Thread tergantung begitu sahaja.
|
|
|
|
|
|
|
|
kowser baca urtv mangga tu semua... iols dulu baca gossip ruangan sisipan sotkaba hari ahad jah.... ttibe teringat zubir teropong.... hahahhaha |
|
|
|
|
|
|
|
hahahah....kan.sampai kesudah takder jawapan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|