CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3621|Reply: 0

[Terengganu] ECERDEC capai RM2 bilion pelaburan di Terengganu

[Copy link]
Post time 12-9-2023 05:42 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Samsuri Mokhtar  (tiga dari kiri) bergambar bersama Implementation and Coordination Committee (ICC) Terengganu selepas perjumpaan ICC Terengganu di Menara PjH, Putrajaya pada11 September lalu.




PETALING JAYA: Majlis pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mencapai RM2 bilion pelaburan komited setakat 31 ogos lalu.

Dari jumlah tersebut, RM1.7 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan manakala baki 13 peratus adalah pelaburan langsung domestik (DDI) dalam sektor pembuatan dan pelancongan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan penghargaan atas usaha ECERDC dalam menarik pelaburan komited baharu dari pelbagai sektor ke Terengganu.

“Saya berbesar hati kerana Terengganu berjaya mengekalkan daya saing dalam menarik pelabur melalui kerjasama erat kerajaan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Ahmad Samsuri berkata, ECERDC juga membuka peluang pertumbuhan untuk menarik pelaburan dalam pelbagai sektor termasuk minyak, gas dan petrokimia.

“Para pelabur baharu dapat memanfaatkan kekayaan sumber asli, infrastruktur dan ekosistem pelaburan yang matang di Terengganu,” katahya.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan dan Penyelarasan  (ICC) ECER, turut membincangkan projek bagi meningkatkan pendapatan golongan miskin tegar dan B40 dibawah inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Projek  fertigasi cili komersial berskala besar di Setiu juga telah diluluskan oleh Kementerian ekonomi dibawah program IPR-INTAN.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Baidzawi Che Mat berkata, 100 peserta daripada golongan miskin tegar dan B40 akan mendapat manfaat dalam fasa pertama perlaksanaannya.

“Untuk fasa kedua, 40 peserta akan dipilih sebagai pekerja oleh syarikat induk yang akan dilantik pada Disember ini dan dijamin mendapat gaji minimum RM2,000 sebulan termasuk elaun,” jelasnya.

Beliau juga yakin projek ini akan  melahirkan usahawan tani yang berkebolehan dan mampu memberi impak positif dalam sektor perniagaan tani dan dan negeri.

AHMAD Samsuri Mokhtar  (tiga dari kiri) bergambar bersama Implementation and Coordination Committee (ICC) Terengganu selepas perjumpaan ICC Terengganu di Menara PjH, Putrajaya pada11 September lalu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... uran-di-terengganu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.071729 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list