CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1234|Reply: 0

[Kelantan] Dua pelajar bertumbuk, polis terima satu laporan

[Copy link]
Post time 12-9-2023 10:53 AM | Show all posts |Read mode

DUA remaja lelaki bertumbuk di kawasan tanah lapang dengan disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki yang lain di Kampung Bukit Kecik, Melor. FOTO Ihsan pembaca.

Kota Bharu: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan menerima laporan berhubung insiden dua remaja lelaki yang bertumbuk di Kampung Bukit Kecik, Melor di sini, yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, polis mengesan satu rakaman video berdurasi 46 saat yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Inforoblock pada 11.07 pagi, hari ini.

Katanya, rakaman itu memaparkan dua pelajar berusia lingkungan 14 hingga 15 tahun sedang bertumbuk di kawasan tanah lapang disaksikan oleh sekumpulan remaja lelaki lain.

"Satu laporan berhubung kejadian dibuat 11.18 pagi, dan kedua-dua suspek adalah pelajar dari sebuah sekolah menengah di Ketereh.

"Hasil siasatan, kejadian itu berpunca daripada perselisihan faham antara kedua-dua suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kesemua remaja yang terbabit dalam kejadian akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bagi siasatan lanjut.

Mohd Rosdi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang mana jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara sehingga tempoh enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan saksi diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi Inspektor Nur Asminda Mohd Apandi di talian 017-2509251 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... terima-satu-laporan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:13 AM GMT+8 , Processed in 0.090525 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list