CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4508|Reply: 8

[Politik] Muhyiddin & penyokong sudah kehabisan modal nak tawan Johor… kesian dek!

  [Copy link]
Post time 7-9-2023 11:27 PM | Show all posts |Read mode
Edited by pengecattaik at 8-9-2023 12:14 AM

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak  Pengerusi Perikatan Nasional (PN) yang didakwa masih tidak boleh terima hakikat bahawa dirinya bukan lagi perdana menteri.


Ia kerana Tan Sri Muhyiddin Yassin dan sekutu-sekutu didakwa berkempen secara melulu sehingga sanggup mengeluarkan ‘fatwa’ sendiri mengharamkan pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai.


Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tindakan berkenaan bukan sahaja keterlaluan malah perlu dihentikan.


Dakwa beliau, pembangkang semakin tiada adap hingga mencetuskan kata-kata nista dalam ceramah mereka.


“Saya nak tanya yang sibuk-sibut takut Suhaizan menang sebab apa? Kita buat apa? Guna kuasa cari duit ke?


“Sebut undi orang ini haram, ini apa? Kamu ini siapa?,” soal Anwar.


Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Madani, di Taman Uda Utama, pada malam tadi.


Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan calon Pakatan Harapan bagi Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat.


Anwar mendakwa Muhyiddin seakan-akan hilang modal apabila sering menimbulkan isu yang sama.


Baru-baru ini Muhyiddin Yassin mengeluarkan ‘fatwa’ mengharamkan pengundi yang mengundi calon PH, Suhaizan Kayat, pada PRK Parlimen Pulai.


Muhyiddin berkata, tindakan tidak mengundi Suhaizan itu perlu bagi menunjukkan bantahan dan kemarahan pengundi di Parlimen Pulai berikutan Kerajaan Perpaduan tidak menunaikan janjinya kepada rakyat.



https://malaysiagazette.com/2023/09/04/muhyiddin-masih-belum-boleh-terima-kenyataan-bukan-lagi-pm-anwar/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lanacondor at 7-9-2023 11:59 PM

PN ni kalau nk attack kerajaan skg bia la dgn fakta.

1)kenaikkan OPR
2)kejatuhan nilai ringgit (ni bt research skit bandingkan tahun sblm2nya)
3)kenaikan hg barang keperluan. Beban kos Sara hidup (ni Pon buat perbandingan)
4)up kan janji2 manifesto bang non dgn rapijik yg xdi tunaikan
5)penutupan kilang2 ke, pelabur lari ke (pgil team bt research)
6)pengganguran meningkat

Byk lg boleh di buat. Team PN ni kena rajin la buat research
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2023 12:24 AM | Show all posts
Lawan tetapppp...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 02:38 AM | Show all posts
Terdesak sgt nmpk dia ni

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 05:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari ogos, skg dah shift ke October...bye bye kerajaan perpaduan.....katanyer...

Eerrrrrr...ok
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2023 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Prk johor arini pn menang lagi woiii...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2023 09:32 AM | Show all posts
Edited by shamsadis at 9-9-2023 09:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2023 12:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.063158 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list