CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1135|Reply: 5

Mohd. Safee Sali menerima tawaran menyertai kelab di luar negara

 Close [Copy link]
Post time 3-1-2011 11:52 AM | Show all posts |Read mode
PARIT BUNTAR - Pemain bola sepak negara yang menerima tawaran bermain dengan kelab luar negara, perlu menimbang beberapa perkara, sebelum bersetuju dengan tawaran berkenaan terutama dalam aspek pembangunan karier mereka pada masa akan datang.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, pemain boleh membuat beberapa pilihan dengan menimbangkan sama ada kelab berkenaan boleh dijadikan kayu pengukur dalam karier, serta membantu dalam pembangunan pemain pada masa akan datang atau sebaliknya.

"Apakah mereka sendiri berasa selesa untuk bermain di kelab yang lain. Dalam soal ini kita mesti terbuka. Banyak pemain seperti pemain England yang tidak semestinya bermain di England, begitu juga pemain Sepanyol yang tidak semestinya bermain di Sepanyol.

"Ini perkara biasa tetapi apabila dikerahkan untuk tanggungjawab nasional mereka akan menjalani latihan pusat dan mewakili negara," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah sempena Larian Sawah Perdana dan Sukan Rakyat anjuran UMNO Bahagian Parit Buntar, semalam.

Beliau mengulas mengenai penyerang skuad kebangsaan Mohd. Safee Sali yang menerima sekurang-kurangnya empat tawaran untuk menyertai kelab di luar negara iaitu Indonesia dan Vietnam.

Ahmad Shabery berkata, pemain juga perlu memikirkan sama ada berbaloi mereka bersetuju menerima tawaran kelab berkenaan dengan meninggalkan negara dan sama ada diletakkan di bawah jurulatih terbaik serta bersama-sama pemain terbaik serta proses pembangunan diri, mestilah diambil kira dan bukan hanya memikirkan aspek pulangan gaji dan kewangan sahaja.

- Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2011 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by capiloton at 3-1-2011 12:01

kono lock jugak thread ni dgn mod kojap lagi..

apopun, aku selalu gelak dengar komen2 shabery buih ni..
tak bleh bla betoi komen2 dia..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:14 PM | Show all posts
mana gambor buih2 cinta...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:19 PM | Show all posts
Aaah khenn..Geli aku tgk ujung bibir dia suka kuar buih...Pengotoq..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:27 PM | Show all posts
halang pemain profesional pergi luar,,,macam kita halang pengaliran tenaga kerja profesional kite keluar....                      nak halang,,beri aa gaji berbaloi
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2011 12:29 PM | Show all posts
Bincang dlm thread sedia ada
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.061083 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list