CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1227|Reply: 0

Ketahui Kemampuan Tayar Anda, Ini Cara Semak Kod Yang Ramai Tidak Tahu

[Copy link]
Post time 30-8-2023 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Ketahui Kemampuan Tayar Anda, Ini Cara Semak Kod Yang Ramai Tidak Tahu


Untuk pengetahuan korang, pada bahagian tayar kereta, tertera gabungan nombor dan huruf membentuk seakan-akan kod.

Sebenarnya, huruf dan nombor itu bukan bertujuan ilustrasi semata-mata sebaliknya mempunyai maksud bagi membantu seseorang mengetahui spesifikasi tayar berkenaan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook oleh Razif Rashid, ada didedahkan makna di sebalik setiap huruf terakhir dalam kod-kod itu.

Malah, katanya setiap huruf itu memberi indikasi had maksimum kelajuan untuk tayar tersebut dan jika kelajuan melebihi had, ia boleh menyebabkan kerosakan atau komplikasi lain pada tayar.


Contohnya, jika huruf terakhir pada kod tayar kereta adalah H, ia bermaksud had maksimum kelajuan yang boleh dicapai tayar tersebut adalah 210 kilometer perjam (km/j).

Jom, kita lihat satu-persatu untuk huruf-huruf yang lain pula.

  • K – Kelajuan maksimum 110 km/j
  • L – Kelajuan maksimum 120 km/j
  • M – Kelajuan maksimum 130 km/j
  • N – Kelajuan maksimum 140 km/j
  • P – Kelajuan maksimum 150 km/j
  • Q – Kelajuan maksimum 160 km/j
  • R – Kelajuan maksimum 170 km/j
  • S – Kelajuan maksimum 180 km/j
  • T – Kelajuan maksimum 190 km/j
  • U – Kelajuan maksimum 200 km/j
  • H – Kelajuan maksimum 210 km/j
  • V – Kelajuan maksimum 240 km/j
  • W – Kelajuan maksimum 270 km/j
  • Y – Kelajuan maksimum 300 km/j



Dalam pada itu, korang boleh segera periksa huruf terakhir pada tayar kereta agar korang lebih berpada-pada selepas ini ketika hendak menekan pedal minyak.

Walaupun begitu, sukacita hendak diingatkan bahawa had kelajuan di lebuh raya di Malaysia adalah 120 km/j.

Kredit: Facebook
https://ohmedia.my/ohgear/ketahu ... g-ramai-tidak-tahu/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.159242 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list