CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9848|Reply: 61

[Tempatan] Jodoh Danny dan Nur Azera hanya dua minggu

  [Copy link]
Post time 5-8-2023 04:05 PM | Show all posts |Read mode
Jodoh Danny dan Nur Azera hanya dua minggu

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ra-hanya-dua-minggu

Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Disiarkan pada: Ogos 5, 2023 @ 3:18pm


GAMBAR kenangan perkahwinan Danny dan Nur Azera Fatehah di Layang-Layang, Johor. FOTO arkib

Kuala Lumpur: "Saya tahu perceraian adalah hal yang Allah murka tetapi mungkin jodoh kami sampai di situ saja," luah pemilik salon dikenali Danny.

Danny, 40, memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, yang dikatakan sudah berpisah selepas dua minggu berumah tangga.

Dakwaan itu timbul sejak beberapa hari lalu dan dapat dihidu netizen selepas Danny memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen 'Aku reda' disusuli emoji sedih.

Lebih menimbulkan tanda tanya netizen apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.

Berkongsi kisah sebenar, Danny mengakui sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu jam 4.04 petang.

Katanya, lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.

"Saya tak boleh kongsikan punca perpisahan secara terperinci tetapi apa boleh saya katakan, ia terjadi kerana tiada keserasian di antara kami.

"Saya buat keputusan itu sendiri tanpa berbincang dengan keluarga terlebih dulu.

"Keluarga memang bising terutama emak dan saya tak jawab panggilan telefonnya sehingga ke hari ini kerana belum bersedia nak ceritakan hal sebenar," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Jauh di sudut hati, Danny sedih mengenangkan tempoh perkahwinannya yang singkat dan hanya bertahan setakat dua minggu saja.

"Tapi sebagai manusia siapa saya untuk melawan takdir jadi reda dengan ketentuan-Nya.

"Jujurnya saya tak salahkan dia (isteri) atau menyimpan dendam terhadapnya kerana mungkin saya pun ada salah tanpa sedar atau gagal jadi suami yang baik buatnya.

"Walaupun bukan lagi suami isteri selepas ini, harap kami boleh menjadi kawan baik yang boleh berkongsi masalah.

"Buat masa ini, saya belum terfikir nak ubah keputusan namun tak menolak seandainya disatukan semula di kemudian hari," katanya.

Danny turut menyangkal dakwaan segelintir netizen yang mengatakan perkahwinannya dengan Nur Azera Fatehah sekadar satu 'content' (bahan kandungan perkongsian) semata-mata.

"Saya tahu daripada sebelum berkahwin hingga kini memang ada segelintir netizen mengatakan perkahwinan saya satu 'content'.

"Cuba fikir saya berkahwin menggunakan duit dan memang ikhlas nak halalkan isteri jadi takkan saya sanggup buat semua itu demi 'content'?

"Bagaimanapun, saya maafkan mereka yang melemparkan tuduhan itu dan bersyukur kerana ramai beri kata semangat juga mendoakan kami.

"Dalam tempoh dua minggu perkahwinan itu, saya dapat merasai pengalaman menjadi suami, belajar erti kasih sayang kepada wanita dan merasakan nikmat hidup berkeluarga yang diinginkan walaupun sementara," katanya yang tidak serik untuk berkahwin lagi dan dijangka mendaftarkan kes permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi ,Selangor pada Isnin depan.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.

Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.

Uniknya perkahwinan mereka adalah kerana Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat berumah tangga.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu rupa edit, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ponen nak kahwin dengan Tomboy memang la tak serasi.

Simple Math je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
tak stim kot

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Entah malaun mana kawin cerai pun kena masuk isu semasa
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Malam pengantin main pok2 amai kah???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 5-8-2023 04:50 PM
Entah malaun mana kawin cerai pun kena masuk isu semasa

Yes sis! Babi sangat mereka2 yang hadap berita jenis babi gini sis. Yihhhh geram akak rasa macam nak sumbat cili tumbuk dalam pay pet masing2 sister.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 05:11 PM | Show all posts
Tok Kadi mana lah yang senang2 kena kencing dengan dorang ni. Mohon terjun longkang lah. Even gay marriage has a higher chance of survival, higher than straight.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 05:44 PM | Show all posts
Beriya betui hari tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
plan "coverina" tk menjadi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
So huntong berapa juta buat content tunjuk bodoh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 5-8-2023 08:52 AM
Yes sis! Babi sangat mereka2 yang hadap berita jenis babi gini sis. Yihhhh geram akak rasa macam n ...

Santaukan aje sis. Biar busung perut.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
yg kawen ex ponen ngn ex tomboy tu ke?
sempat tdo sama tak tu

teringat kt abg s kt ofis i dia pun mcm lembut..i rasa he tu mnt ngn laki jgk tp he ckp kt i he ada gf
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Terburu2 sangat buat keputusan..takziahlah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-8-2023 06:44 PM

Danny ni  katanya jenis suka buat live dh kawen pun asik buat live je sampai org bising better fokus ngn wife je kurangkan buat live.

Mlm td tetiba Yan exwife dia ada buat live tp tak bercerita pasal ni pun dia tak jawab pun soklan2 peribadi cerita pasal lain je.Tp dia nampak mcm sedih laa.Budaknya nampak mcm naif je, dia kata tak keje tp jaga mak dia.
Masih bertudung dan takda gaya pengkid pun.Lembut je orangnya nampak la cam bebudak lagi.
Iols tak tgk abis sbb ngantuk sgt so tgk gitu2 je la tp ramai yg view.
Dia ada post vtt caption ayat sedih mcm tawar hati taktaula ada lg ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami tak naik la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2023 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian budak perempuan tu dh dijanda kan dng ponen x guna haram jadah….jadi lelaki hidup segan mati x mau..
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 5-8-2023 05:59 PM
yg kawen ex ponen ngn ex tomboy tu ke?
sempat tdo sama tak tu


Ye dorang tu lerr
Tp masa nikah tu pun ntahla rasa mcm sesuatu je iols ada baca komen org katanya lelaki camni mulut dorang kasar ngn pompuan
Tipikal lelaki lembut kan mulut mmg laser bkn jenis akan pujuk rayu pompuan huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar betul???kawin x sampai sebulan dh bcerai???
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2023 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sotong.. tak kuat nak melambung ke..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.062998 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list