CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1869|Reply: 0

[Perak] Ada unsur dera pada budak ditemui mati

[Copy link]
Post time 31-7-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Taiping: Polis mengesahkan terdapat unsur penderaan pada kanak-kanak lelaki yang ditemui mati di rumah di Assam Kumbang, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisoner Razlam Ab Hamid berkata, susulan laporan forensik, ibu kanak-kanak, 36, serta rakan lelakinya, 30-an, ditahan bagi membantu siasatan.

"Laporan dari pihak forensik PDRM mendapati terdapat unsur penderaan kepada si mati.

"Pihak polis percaya kes penderaan itu berlaku semenjak Mac lalu.

"Ibu kanak-kanak itu mengalami masalah rumah tangga dan dalam proses penceraian dengan suaminya," katanya dalam kenyataan media.

Menurutnya lagi, siasatan masih diteruskan dan proses permohon reman akan dibuat pada hari ini di Mahkamah Taiping.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -budak-ditemui-mati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.058836 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list