CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1248|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Kilang ais perlu mohon lesen daripada KKM

[Copy link]
Post time 29-7-2023 04:23 PM | Show all posts |Read mode

Kilang ais yang beroperasi atau menyediakan ais bagi tujuan perniagaan perlu mendapatkan lesen KKM berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 394A (4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985. - Foto fail hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan semua kilang ais yang beroperasi atau menyediakan ais bagi tujuan perniagaan perlu mendapatkan lesen KKM berdasarkan peruntukan di bawah Peraturan 394A (4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM, Norrani Eksan, berkata terdapat sebanyak 198 kilang ais berlesen daripada KKM di seluruh negara setakat 30 Jun lalu.

"Dalam syarat dan proses mendapatkan lesen, pemeriksaan ke atas kilang akan dijalankan dan pensampelan air serta ais diambil bagi memastikan sumber air digunakan dan ais dihasilkan adalah selamat.

"Kilang ais juga wajib menjalankan pemantauan sendiri sekurang-kurangnya sekali setahun. Tindakan penggantungan lesen boleh diambil sekiranya pihak kilang gagal menjalankan pemantauan sendiri," katanya dalam kenyataan.



Beliau berkata, KKM juga mengenalpasti mana-mana pengilang ais yang tidak berlesen dan akan mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya didapati beroperasi tanpa lesen atau tidak mematuhi keperluan yang ditetapkan.

"Pemilik kilang ais yang beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan iaitu denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.

"Sebanyak 155 pemeriksaan kilang ais telah dijalankan dan 17 kilang ais sudah diambil tindakan penguatkuasaan termasuk sembilan kilang ais tidak berlesen pada tahun 2022," katanya.

Katanya, sebanyak 18 pemeriksaan kilang ais telah dijalankan dan empat kilang ais sudah diambil tindakan penguatkuasaan termasuk satu yang didapati tidak berlesen bagi tempoh Januari hingga Jun 2023.

"Sebanyak 993 sampel ais bagi tujuan pemantauan telah diambil dan sebanyak 80 sampel atau lapan peratus didapati melanggar sepanjang 2022 hingga Jun 2023.

"Pengguna dinasihatkan untuk membeli ais daripada kilang yang telah dilesenkan. Maklumat kilang ais yang telah dilesenkan boleh diakses melalui laman sesawang BKKM http://fsq.moh.gov.my," katanya.

Mereka mempunyai maklumat kilang ais yang beroperasi dalam keadaan kotor, diminta membuat laporan beserta maklumat terperinci termasuk lokasi dan nama kilang berkenaan kepada KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat.

Maklumat juga boleh disalurkan melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.
https://www.bharian.com.my/berit ... -lesen-daripada-kkm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.100604 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list