CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 181|Reply: 1

[Pulau Pinang] Bumbung kilang 'terbang' hempap rumah

[Copy link]
Post time 22-7-2023 02:22 PM | Show all posts |Read mode
Bumbung kilang 'terbang' hempap rumah


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



HUJAN lebat dan angin kencang yang menerbangkan bumbung kilang dan menghempap bumbung sebuah rumah di sini. FOTO ihsan Salim Md Suri




Bayan Lepas: Bumbung sebuah kilang 'terbang' sebelum menghempap dapur sebuah rumah di Kampung Matahari Naik, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, penghuni rumah yang terdiri daripada empat sekeluarga sedang nyenyak tidur.

Pekerja kilang Salim Md Suri, 59, berkata dia hanya menyedari kejadian ketika mahu keluar ke tempat kerja kira-kira 5.30 pagi.

Katanya, pemeriksaan mendapati sebahagian bumbung dapur rumahnya rosak akibat dihempap bumbung dari kilang berkenaan.

"Kilang itu terletak hanya bersebelahan dengan rumah kami dan bumbungnya dianggarkan lebih 20 meter.

"Sebahagian bumbung kilang itu melayang di atas bumbung rumah saya, manakala selebihnya jatuh di kawasan lapang berhampiran," katanya ketika dihubungi, di sini.

Menurutnya, pada masa ini, dia sudah memanggil tukang rumah bagi menilai anggaran kos membaiki kerosakan.

Katanya, kos pembaikan keseluruhannya dianggarkan lebih RM3,000 dan dia tidak mempunyai wang bagi membaiki kerosakan dengan kadar segera.

"Mujurlah kerosakan itu tidak terlalu teruk dan yang penting isteri dan dua anak selamat," katanya.

Difahamkan, beberapa lokasi di daerah Timur Laut dan Barat Daya turut mengalami kejadian pokok tumbang semasa akibat hujan lebat dan angin kencang.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menerusi laman Facebook turut melakukan pembersihan pokok tumbang di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Baru, Bukit Dumbar, Jalan Sultan Azlan Shah dan Bukit Jambul.




Disiarkan pada: Julai 22, 2023 @ 2:13pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2023 05:39 PM | Show all posts




Hujan lebat dan angin kencang yang menerbangkan bumbung kilang dan menghempap bumbung sebuah rumah di Kampung Matahari Naik, Bayan Lepas. NSTP/Ihsan Salim Md Suri





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.072723 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list