CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 226|Reply: 0

[Pahang] Beranak tengah hutan akibat terhentak jalan tak rata

[Copy link]
Post time 22-7-2023 11:13 AM | Show all posts |Read mode

KEADAAN jalan yang teruk sejauh kira-kira 35km hanya boleh dilalui pacuan empat roda di Pos Sinderut di Lipis.

LIPIS – Beranak di tengah-te­ngah hutan dan mengalami ke­guguran akibat jalan yang teruk antara perkara yang tidak asing lagi bagi penduduk Orang Asli di Pos Sinderut, di sini.

Ini kerana laluan dari jalan besar me­nuju ke 18 buah kampung di Pos Sinderut sejauh kira-kira 35 kilometer (km) itu tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Dengan perjalanan yang mengambil masa kira-kira hampir dua jam menaiki pacuan empat roda menyaksikan lebih 4,000 penduduk Orang Asli di kawasan berkenaan menggunakan motosikal untuk keluar ke pekan Sungai Koyan, di sini.

Batin Yok Tun dari Kampung Janggap, Pos Sinderut, di sini berkata, keadaan jalan yang begitu teruk, apatah lagi ketika hujan membuatkan penduduk resah dan terbeban terutama sekali bagi mereka yang sedang sakit atau mengandung.

Katanya, Kampung Janggap yang mempunyai lebih 200 penduduk adalah kampung paling jauh di Pos Sinderut.

“Penduduk kampung saya adalah yang paling terkesan ke­rana selepas melalui jalan utama Pos Sinderut yang rosak, kami terpaksa pula berjalan kaki ke kampung sejauh lebih 5km.

“Pernah ada orang hendak beranak, kami terpaksa berjalan kaki membawanya dengan pengusung bergilir-gilir untuk keluar dari kampung dalam keadaan hujan lebat sehinggalah diambil oleh ambulans yang tunggu di jalan besar,” katanya, di sini baru-baru ini.


LALUAN yang digunakan penduduk Orang Asli di Pos Sinderut, Lipis.

Batin Kampung Tigol, Pos Sinderut, Mahathir Tegos memberitahu, keadaan jalan yang te­ruk menyebabkan ramai ibu menghadapi kesukaran dan ke­sakitan apabila hendak bersalin.

Katanya, keadaan jalan yang tidak boleh dilalui kenderaan ringan menyaksikan banyak kejadian ibu-ibu yang tidak sempat dibawa ke hospital dan terpaksa bersalin di tengah jalan.

“Ada yang tidak pernah me­nyambut bayi terma­suk suami terpaksa bermandi darah apabila isteri sudah hendak beranak di tengah hutan,” ujarnya.

Menurutnya, keadaan jalan yang teruk juga boleh menyebabkan kematian apabila anak pe­rempuannya sendiri mengalami keguguran selepas terjatuh dari motosikal ketika hendak keluar ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

“Keadaan jalan yang teruk juga membebankan penduduk yang sakit dan yang perlu dibawa ke hospital dengan segera termasuk pesakit kritikal, individu yang mengalami kecederaan dan juga digigit haiwan berbisa,” ujarnya.

Katanya, penduduk biasanya akan dibawa ke hospital menaiki motosikal atau terpaksa me­nunggu ambulans yang memakan masa agak lama untuk sampai sehingga merisikokan nyawa pesakit.

Justeru, dia mencadangkan agar sebuah ambulans pacuan empat roda dapat ditempatkan di Pos Sinderut supaya pesakit dapat segera dibawa ke Klinik Kesihatan di Sungai Koyan. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/07 ... tak-jalan-tak-rata/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.076116 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list