CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: HangBuah

Perlu ke ada anak ramai? Jangan jadik mak bapak yg SELFISH!!!

  [Copy link]
Post time 24-12-2010 05:37 PM | Show all posts
lawak bila orang nak counter pasal takdir pakai hujah macam ni... 'tak boleh marah kalau aku sepak muka kau... pasal itu takdir...'

ko pikir takdir tu sampai part ko sepak dia je ke??? ko tak bajet tang takdir dia pulak sepak muka ko balik??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2010 06:28 PM | Show all posts
Reply 49# silica_SiO2


biasanye org susah ni sbb pendidikan xtinggi. so diorg xtahu ttg teknik pencegah kehamilan.. org kayo @ educated ni pandai
ape teknik pun tahu, hospital n klinik tu cam umah ke 2 aje. kalu org susah n xberapa educated ni, xberani nye nk gi klinik2 sume tu.

cth : gadis2 dr kg, dtg kl. terpengaruh ngn lelaki buaya darat. kejutan budaya. ramai lahirkn anak luar nikah. sbb inesen, n xtahu cara nk cegah kehamilan..
ppuan yg dr bandar2 ni, dh terror.. buat la berapa puluh kali, tahu aje nk amik ubat ape sume xmo kasi preggy..

my personal idea jerr  
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 06:32 PM | Show all posts
Reply  reatt

betul planning.....tapi jgn sampai tersalah planning....ni aku ade cerita pasal mem ....planning nak dpt ank lepas setahun kawen...tup2 lepas sebulan kawen terus lekat, sebabkan laki dia x leh terima sebab lari dari planing dia, Allah tarik balik ank tuh...dia keguguran 3 bulan..
haneco Post at 24-12-2010 14:04


Wa kasi pendapat. Sapa2 mau bikin anak, mesti mau ada planning - ukur baju di badan sendiri.
Tapi kalu ada forumer yg cakap dia boleh selesa dok tgh2 bandar dgn anak lebih dr 4. Wa tabik la..rezeki masing2 kan.

entah la beb ... when it comes to individual case, wa pun tak mau komen apa2. Wa cakap in general.

Lgpun, bukan wa ada hak mau letak nilai atas apa yang dh berlaku spesifik atas kawan lu tu.
Lu lebih mengetahui ...  kalau lu boleh bikin tafsir itu macam, sekali lagi, wa respek sama lu la....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 08:51 PM | Show all posts
Masing-masing tuhan dah bagi rezeki masing-masing..Ada orang Allah bagi rezeki anak ramai tapi rezeki harta benda kurang...tapi ada setengah orang Allah bagi rezeki harta duit melimpah ruah tapi rezeki anak kurang....Allah Maha adil....
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 09:02 PM | Show all posts
Dan orang yang ada ramai anak tak usah lah nak riak..bangga sangat  dan mengata orang anak sikit / orang keguguran macam-macam seolah-olah diri itu sempurna dan hebat........Anak ramai adalah anugerah juga ujian dari Allah samada ibu-bapa bersyukur atas nikmatnya....kalau Dia nak tarik balik anugerahnya bila-bila masa sahaja Dia boleh tarik balik semua nikmat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2010 10:47 PM | Show all posts
nih aku rs cm nk hangin neh..
mak pak aku pon anak rmai..lbeh dr 4..
tp kitorg alhamdulillah ok ja,aku anak tgh,ats2 suma dh berjaya aka da yg dh da master degree n berumahtgga..aku pon tgh study luar..adik2 pon still blja n baik2 ja..
xfair la ckp suma parent SELFISH gitu..ikut kemampuan la,klu kapel 2 ssh,xyh la byk2 nt tmbh nyusah lak n jd terbiar..kn dh jd xbekualiti lak..

kesimpulannya xda selfish ke apo, suma begantung kpd kapel 2 sndr..klu rs mampu 2org anak ja, lps 2 org tu jg la sket..klu kewangan time suma ok, go on ja nk anak berapa pon..
1 lg mmg hot klu suma anak p pass kt mak pak,adoii kne yg dh tua..jd plan your family diligently
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-12-2010 03:39 AM | Show all posts
1stly aku takde la nak menafikan keperluan naluri manusia yg mahukan zuriat sebagai:
1. meneruskan  ...
HangBuah Post at 22-12-2010 05:04 PM




setuju!
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 09:49 AM | Show all posts
Reply 158# asmurai

hmm....habislah kalau ada macam ni kat ofis aku sebab tempat kerja aku maternity leave 4 bulan. Bapak budak dapat 2 bulan. Lepas tu tiap2 anak dapat child allowance dalam 200 lebih sorang. Dapat lagi medical, dental dan optical cover untuk satu family.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-12-2010 05:06 PM | Show all posts
Reply  Core


khen...

salah ke menjadi miskin dan beranak ramai?  
(kalau dah usaha tp has ...
afja Post at 24-12-2010 15:16



tak salah, cuma kdg tuhh jek buat rasa bersalah.... bersalah sbb tak cukup kudrat nk cari duit lebih bg kehidupan anak2 seperti anak2 orang lain......

agaknya yg NGO selalu pi tolong2 orang susah ramai anak ni, dlm ms dorang hulur2 bantuan makanan, persekolahan, bina rumah yg selesa segala tuhhh, ada tak diselitkan penerangan psl family planning ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 05:27 PM | Show all posts
Reply 161# pengimbas



    adoi...lawak giler ayat ni...
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:19 PM | Show all posts
setuju dengan TT, based on experience
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:45 PM | Show all posts
Ni sy nak bagi pendapat as a mother of 6. I'm a lawyer & my husband is businessman.....fortunately sy mampu dari segi kewangan, fizikal &  kasih syg to have as many children as I have. Betul..it's very expensive to raise a child & every child deserves the best things in life & my children have that. Plus I love all my children very much & cannot imagine my life without one of them. The thought of losing any one of my children is terrifying &  brings me to tears.
Tak pernah terlintas lagi dlm fikiran sy yg sy beranak ramai sebab nak show-off, nak hrp anak menjaga sy nanti tua etc. Bagi sy, anak2 adalah amanah Allah yg patut dibesarkan jadi sebaik-baik manusia. And anak2 sy juga telah  byk mengajar sy erti kehidupan seperti kasih-syg, pengorbanan, kesabaran,tanggungjawab, kerjasama dan sy juga hrp anak2 sy dpt belajar ciri2 tersebut dari sy dan suami.
Terus-terang, sy terima anak sy seadanya mereka....ada anak sy yg cemerlang dlm pelajaran & ada yg tak but it's ok I still love them no matter what. Dan yg kurang cemerlang tu sy cuba push dia agar dia tak putus asa. Sy ikhlas dan merasa ia tanggungjawab sy memberi pelajaran kpd anak2 sy tanpa sedikit pun mengharap apa2 balasan dari mereka bila mereka dewasa nanti.
Tak taulah sy selfish ke apa......but we are a happy family. My children are happy....always laughing &  playing around. Memang tiap2 bulan beribu duit nak pakai utk raise them but at the end of the day when I see their faces .....it's all worth it.

But I don't think I would have had so many sekiranya sy tak mampu dari segi kewangan, kasih syg & fizikal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 10:48 PM | Show all posts
Reply 132# reatt

sebenarnya masayarakat sekarang yg selfish, kalo kite mampu, tgk org anak berderet2 , x salah kalau nak bantu,
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2010 11:39 PM | Show all posts
Reply 74# fieda07

"oleh itu, pd pandgan ana iaitu tidak salah kalu mahu meningkatkan reproduticve kelahiran anak2 demi meningkatkan bilangan umat islam..mengikut statistik populasi dunia bil umat islam berjumlah 1.6billion dan bukan islam lebih ramai iaitu 4.4billion..utk mnjadi umat islam yg kuat pd pndgan ana selain kpd penekanan pendidikan,teknologi,IT dan kepakaran..perlula juga kadar peningkatan populasi agar setara dgn bil populasi bukan islam..barulah seimbang dan berkesan.."

Salam Fieda, saya rasa terkilan melihat hujah2 saudari. Hangbuah sudah menyatakan pandangannya mengenai isu orang islam yang melahirkan anak cukup ramai, tetapi tidak bersedia dan tidak mampu untuk menyara mereka, apatah membimbing mereka lagi. Fakta dan pengalaman beliau sendiri turut disertakan sekali, tetapi anda seperti cuba menegakkan benang yang basah. Hati-hati saudari, jangan suka melencong ke isu lain apabila isu pokok thread ini tidak terjawab, lebih malang apabila menyertakan ayat2 al-quran tanpa usul periksa akan relevancy mengenai topik ini.

Yang lebih menyedihkan, benar kata Hangbuah, apabila seseorang itu berfikir luar dari normality, atau menyentuh isu taboo dalam islam, mereka dicop sebagai cuba menyangkal akan kebenaran islam, dan selalunya yang menge-cop itu akan menyelitkan ayat2 al-quran seperti yang saudari buat.

Saya lebih yakin dengan apa yang dikatakan oleh Hangbuah. Allah lebih suka melihat kaum islam itu berdiri dengan teguh, berkemampuan, dari melihat mereka hanya mengharapkan "tangan yang memberi lebih baik dari menerima". Anda seperti menyatakan anak ramai itu perlu, dan jangan berhenti menambah, TIDAK KIRA anda bersedia atau tidak, kerana jika anda tidak bersedia, bantuan sentiasa ada. Secara ringkas, adakah ini maksud anda?

Lagi satu, saudari Fieda. Jika anda seorang muslimah yang baik, apabila anda kalah berdebat, anda sepatutnya menghormati hujah lawan apabila mereka mempunyai sebuah argument yang konkrit dan sukar disangkal. Jangan cuba mengelak atau melencong ke tempat yang lain, cuba baca thread ini terutama debat anda dan Hangbuah. Saya yakin sewaktu zaman Rasulullah, umum semua tahu mengenai majlis syura, dimana pemimpin dan bijak pandai berkumpul untuk membuat keputusan yang merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan islam. Adakah saudari fikir pada waktu itu, apabila mereka berbahas dan seorang kalah, dia akan buat apa yang saudari buat? Tiba2 mengeluarkan ayat al-quran yang general dan tidak termasuk dalam topik itu, dan melencongkan isu ke tempat lain? Tidak, saya yakin, mereka akan setuju dengan fakta dan hujah yang diberikan oleh pembahas yang bernas.

Fikir-fikir kan lah, saudari Fieda, kerana saya sudah melihat terlalu ramai orang seperti anda.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 12:05 AM | Show all posts
Post Last Edit by kiroshell at 26-12-2010 00:06

Salam MANSTIR,

Hari ni aku baca reply ko pulak. "Pada pandangan aku, ko tak suka perubahan / cadangan orang lain mengenai isu yang taboo dalam masyarakat muslim hari ini". Salahkah orang seperti Hangbuah menyuarakan pandangan dia, atas apa yang dialami? Adakah ko seorang yang boleh membaca fikiran orang lain? Atau menjatuhkan hukuman ke atas orang lain? Ko kata TT buat kerja tak ikhlas. Confirm ke? TT ikhlas ke tak, hanya dia dan Allah S.W.T sahaja yang tau, bahaya kawan, jangan main assume-assume, sebab kalau aku tak baca whole thread dari awal2 betul, aku assume je mamat tu orang yang tak ikhlas. That is one form of accusation.

MANSTIR, salah ke bila seseorang tu buat kerja yang baik, dan melihat sesuatu yang perlu disuarakan, dan dia membangkitkan isu ini? Cuba kojawab dan nafikan yang isu dinyatakan hangbuah tak wujud. Ramai anak orang islam terbiar, satu mengenai isu kemiskinan, kedua anak yang terlampau ramai dan tidak terjaga. Ko marah hangbuah menyentuh isu ni, supaya orang seperti ko boleh main lepas dalam setiap masa, tapi SEKURANG2nya dia cuba memikirkan solusi atau pandangan dia supaya hal ini dapat dibangkitkan. Apa yang ko buat? Em, aku fikir ko mesti berkata "Peduli apa aku, anak ramai ke tak, yang penting aku dapat pancut dalam-dalam, anak terjaga ke tak terjaga, itu belakang cerita".

Sekarang ni MANSTIR, cuba ko cerita dengan aku, macamana nak selesaikan isu masyarakat islam yang miskin tegar ni? Ada cadangan tak? Nak ikut hangbuah punya kesedaran pasal perancangan keluarga untuk mereka ko dah pangkah, nak biarkan je ke? Boleh bagi pandangan boleh bincang2 kat sini. Nak tengok idea bernas ko sikit.

Ingat kawan2, masalahnya jangan cuba lari dari realiti. Itu yang cuba dikatakan oleh Hangbuah. Inilah masalah orang melayu, tidak suka menerima realiti nya.

MANSTIR, HAITT, korang nak mengatakan bahawa lahirkan anak ramai adalah hukum alam. Ada yang mengatakan bahawa ada anak ramai, nanti ramai yang boleh doakan untuk kita. Tapi kita sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menjaga mereka. Seorang lelaki ada 4 yang dipertanggungjawabkan di dunia / akhirat. Ibu dia, adik perempuan / kakak dia, ISTERI dia dan ANAK perempuan dia. Kalau lelaki itu ada 3 or more anak perempuan? Bagaimana dia nak menjaga secara rohani dan jasmani bila tidak bersedia, berada dalam keadaan yang daif?
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 12:15 AM | Show all posts
Post Last Edit by BingkaUbi at 26-12-2010 19:21

Lagi satu MANSTIR,

Aku rasa ko seorang yang kureng bijak sikit. Apa yang cuba disampaikan oleh Hangbuah, pada essence dia bukan nak halang anak ramai. Tapi perlu ke anak ramai kalau tak bersedia, rohani dan jasmani. Hokey??? Cuba faham2 kan sikit, jangan lah terlampau obvious minda yang sempit tu.

Macam yang Rifhana_ilham cakap: But I don't think I would have had so many sekiranya sy tak mampu dari segi kewangan, kasih syg & fizikal.

Kalau tak mampu nak jaga anak ramai kenapa nak buat lagi? Cuba ko fikir, Manstir, Kerajaan sekarang buat KLIA, TWIN Towers, Economic region itu-ini, bila soal mampu ke tak, orang cam ko marah pulak????!!! Aik, double standard beb. Hangbuah sentuh isu parents tak ready tapi buat anak ramai, ko melenting pulak. Nampak sangat suka puaskan diri sendiri aje.

Camnielah, MaNSTIR, dari segi politik, aku yakin ko tergolong dalam golongan yang MARAHKAN kerajaan buang / bazir duit buat project macam2 (ala, yang terbaru menara warisan tu). Kalau ko confirm ngan ideologi ko yang lahirkan anak ramai tu hukum alam, dan sesuatu yang baik, tak kira ready ke tak parents dia dari segi macam2, then PLEASE beb, jangan melenting bila kerajaan nak buat project or investment baru, be it diorang ready or not.

Rational dia sebab:
> Lahir anak ramai-ramai, ready ke tak, orang islam lain boleh tolong. Nanti diorang jadi orang yang berjaya.
> Government buat project banyak-banyak, dah nak muflis ke tak, subsidi rakyat boleh tarik balik. Nanti orang islam yang ramai tu nak kerja mana nanti, HAAAA, project-project baru ni lah nanti bagi peluang pekerjaan!!! Boleh lah diorang jadi orang yang berjaya.

CANTIKLAH!!! Anak buat ramai-ramai, project and investment negara buat banyak-banyak. READY KE TAK BELAKANG KIRAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!!!

Jawab, jangan tak jawab MANSTIRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR hahahahahahahahahahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-12-2010 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by kiroshell at 26-12-2010 00:27

Reply 154# afyz
nota: setuju dgn manstir-kalau hati tu x ikhlas ( join NGO & tolong org ) sila JANGAN buat dan UNGKIT.

Please lah afyz, ko tau ke dia buat kerja ikhlas ke tak???? Dia sanggup pergi sana sini negara orang susah, bersusah payah mengalami hidup diorang tu, yang ko tu buat apa???! HABUK PUN TARAK??? APA Punya orang, cakap je lebih....


Apa kata kalau aku interpret soal hati mamat hangbuah ni, sebab ko pun interpret niat dia gak.

Hangbuah join ngo sebab terpanggil nak tolong orang susah. Ke sana sini, menolong orang yang susah, hidup dalam keadaan daif, makan tak cukup, anak kurus kering, penyakit sana sini, pelajaran tak terjaga, dia rasa hiba, pilu dan sedih lihat anak2 dalam keadaan macam ni.... dia rasa terpanggil nak cakap perasaan hati dia tengok anak2 terseksa macam tu. Lahir dari hati dia yang iklhas. Kemudian, berbekalkan pengalaman yand dia dapat, dan diamati trend dari satu keluarga miskin ke keluarga yang lain, dia dapat melihat satu pattern. Logik tak kalau TT fikir camtue?

So apa reply ko pada orang yang camnie? Yang mempunyai perasaan belas kasihan dan sedih melihat kesengsaraan orang lain? Well, orang macam ko afyz reply dengan mengutuk dia balik dan menuduh dia buat NGO tak ikhlas, hahahaha, epic fail.

Ko rasa logik tak TT rasa seperti yang aku nyatakan earlier dan nak buat satu thread, compare dengan assumption ko yang dia buat aktiviti NGO tak ikhlas, and then saje je nak kutuk orang miskn?

Use your brain afyz, use your brain.. Padanlah orang islam bangsa melayu makin mundur. They dont like to use their brains. I mean, even I can think of how he felt. Why can't you afyz or MANSTIR? Please, jawab, afyz, kalau dia rasa sedih mengenai situasi tersebut dan iklhas dalam penghujahan yang diamati dia sendiri, ko nak jawab apa pulak afyz? Please answer the reality of the issue.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 12:43 AM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 26-12-2010 00:50

Assalamulaikum..
selamat hari natal bg yg bukan muslim..
sesungguhnya Allah telah berfirman "sesungguhnya tidak aku jadikan dikalangan jin dan manusia itu kecuali semata2 beribadah kpdKu.."

Soal perancangan keluarga dan mengawal kelahiran dibincangkan dengan terperinci oleh Akademi Fiqh Islam. Mereka mempunyai dua puluh tiga ulama yang mengkaji topik dan membentangkan kajian mereka tentang isu ini. Di kalangan mereka adalah Muhammad Ali al-Baar, Ali al-Saaloos, Muhammad Saeed Ramadhan al-Booti, Abdullah al-Basaam, Hasan Hathoot and Muhammad Sayid Tantaawi. Prosiding, kertas kerja dan perbincangan mereka boleh didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan.

Berikut adalah fakta penting berkenaan isu mengawal kelahiran dalam Islam. Ianya dinyatakan oleh ulama yang disebutkan tadi;

Institusi perkahwinan dan keinginan mempunyai anak adalah sifat yang terbaik bagi setiap makhluk termasuk para Rasul & Nabi yang dipilih ALLAH. ALLAH berfirman tentang mereka,

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً

“Dan Sesungguhnya kami Telah mengutus beberapa Rasul sebelum kamu dan kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.”

-Surah ar-Ra’d, 38-

Sebaik-baik contoh bagi orang yang beriman adalah teladan Nabi Muhammad s.a.w., yang berkahwin dan mempunyai anak-anak. Para Nabi & Rasul adalah insan yang perlu diikut oleh semua Muslim. ALLAH berfirman,

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهِ

“Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh ALLAH, maka ikutilah petunjuk mereka”

-Surah al-An`am, 90-

Para Rasul yang sepatutnya dicontohi dan bukannya orang Barat yang tidak beriman, yang mana gaya hidup mereka hampir keseluruhannya hanya berkisar tentang berseronok dalam hidup dan mendapat harta dunia sebanyak mungkin. Maka mereka tidak menggalakkan wanita mempunyai ramai anak. Islam telah melarang hidup membujang, mengamalkan prinsip sami (tidak berkahwin) atau pun kasi (pemandulan kekal dengan membuang testis atau zakar) untuk tujuan itu. Baginda s.a.w. telahpun menjelaskan hal ini kepada sabahat yang berkira-kira untuk hidup seperti sami atau paderi. Baginda bersabda;

“Aku solat dan aku tidur, aku berpuasa dan aku berbuka puasa, dan aku mengahwiniwanita. Barangsiapa yang berpaling dari cara hidupku (Sunnah), mereka bukan dariku”

Rasul ALLAH s.a.w. bukan hanya menggalakkan perkahwinan, tapi menyuruh berkahwin perempuan yang subur untuk meramaikan anak. Baginda bersabda;

“Kahwinilah (wanita) yang penyayang dan subur kerana aku akan mempunyai umat yang paling ramai berbanding rasul lain di Hari Kebangkitan nanti.”

-Hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban-

Menurut pandangan Islam, anak-anak adalah anugerah dan rahmat dari ALLAH. ALLAH telah menyatakan beberapa kelebihan yang telah DIA anugerahkan kepada manusia melalui ayat berikut;

وَاللّهُ جَعَلَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُم مِّنْ أَزْوَاجِكُم بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ أَفَبِالْبَاطِلِ يُؤْمِنُونَ وَبِنِعْمَتِ اللّهِ هُمْ يَكْفُرُونَ (72) سورة النحل

“ALLAH menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang batil dan mengingkari nikmat ALLAH?”

-Surah An-Nahl, 72-

ALLAH juga berfirman,

الْمَالُ وَالْبَنُونَ زِينَةُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِندَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ أَمَلًا (46) سورة الكهف

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.”

-Surah Al-Kahfi, 46-

Hanya ALLAH Pemberi Rezeki sebenar-benarnya kepada semua insan. Jika orang Muslim mengikuti apa yang telah ALLAH aturkan kepada mereka, ALLAH akan menyediakan kecukupan untuk mereka. ALLAH telah memberi amaran tentang membunuh anak sesiapapun lantaran takutkan kemiskinan samaada kepada ibubapa atau anak itu. ALLAH berfirman;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ (151) سورة الأنعام

“dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan, KAMI akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka”

-Surah al-An’am, 151-

ALLAH juga menegaskan;

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلادَكُمْ خَشْيَةَ إِمْلاقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُهُمْ وَإِيَّاكُم إنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْءًا كَبِيرًا (31) سورة الإسراء

“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut kemiskinan. KAMI-lah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.”

-Surah al-Isra’, 31-

Maka, Muslim tidak dibenarkan menggugurkan atau membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin. Ia terserah kepada ALLAH untuk memperuntukkan rezeki kepada mereka.

Berdasarkan hujah-hujah di atas, ulama’ yang menyertai penyelidikan berkaitan soalan ini merumuskan resolusi berikut;

   1. Tidak dibenarkan untuk mewartakan undang-undang umum yang mengehadkan kebebasan pasangan untuk mempunyai ramai anak.
   2. Adalah dilarang untuk ‘secara kekal’ menghentikan keupayaan lelaki atau wanita untuk menghasilkan zuriat seperti hysterectomy (buang rahim) atau vasectomy (buang testis), selagi mana tiada keadaan yang memerlukan menurut kerangka Syariat Islam
   3. Adalah dibenarkan untuk mengawal waktu kelahiran dengan niat menjarakkan kehamilan atau menangguhnya kepada waktu tertentu, jika terdapat keperluan Syariah dengan mendapat pandangan, nasihat dan persetujuan bersama di antara pasangan. Walaubagaimanapun, ia mestilah dilakukan tanpa membawa sebarang kemudaratan dengan kaedah yang dilulus Syara’, dan tanpa melakukan apa-apa yang merencat kehamilan semasa yang wujud.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 12:56 AM | Show all posts
Reply 169# BingkaUbi

Bukan semua NGO ada authority utk bagi penerangan utk family planning ni. Kalau secara sambil2 boleh kot. Sebab tanggungjawab utk educate parents tentang family planning adalah kat bawah jabatan2 kesihatan, termasuk klinik2 desa, hospital daerah dan jugak bidan2 yang berdaftar which all in all, masuk dibawah payung Kementerian Kesihatan. Tugas diorg pun bukan setakat bagi penerangan je, diorg pun kena sediakan access kat mana2 nak dapatkan family planning method ni.

Byk method yang boleh dipilih, dari yang semudah condom, pill perancang, implant sampai ke tubal ligation (ikat)

Masalah utamanya ialah kebanyakan dari golongan ni, ramai yang kurang education dan yang perempuannya pulak tak bekerja atau mungkin bekerja tapi jenis kerja yang berpendapatan rendah. Bila kurang pengetahuan, hak utk bersuara atau memilih jadi terbatas lebih2 lagi bila yang mencari nafkah hari2 terletak kat bahu suami. Lagi satu, kebanyakan dari diorg takde kenderaan sendiri, jadi mau tak mau, nak pergi mana2 walaupun utk ke hospital sekalipun, diorg terpaksa mengharap pada si suami. Dan suami pulak pandang remeh sebab apa2 pun jadi, bukan dia yang tanggung.

Lagi satu, masalah mentality. Kebanyakannya yang aku tau satu mentaliti yang aku rasa payah nak ubah: jenis tak kisah atau couldn't care less gitu. Ataupun procrastinating. Suka berlengah2. Buatlah macam2 dan dengan segala kemudahan yang ada, ramai antara diorg pandang sebelah mata je benda2 macam ni sebab diorg rasa tak penting.

Benda2 ni bukan terjadi kat Malaysia je. Its a global issue. Negara2 kat benua Africa paling byk. Problem yang paling besar di Africa terutama di tempat2 yang sgt2 terpencil dan jauh dari semua facilities termasuk hospital dan klinik adalah mother mortality rate, infant mortality rate dan jugak malnutrion rate. Ramai perempuan2 kat sana (places like Namibia, Kenya, Sudan etc are common) yang mati masa melahirkan. Bius mmg takkan adalah lepas tu ramai bidan2 kampung yang ambik jalan mudah guna macam2 cara yang tak terlintas kat kepala kita. Contohnya, guna serpihan kaca, blade atau benda2 tajam untuk potong pintu vagina bila anak susah keluar.

Selain dari tu, masalah diorg yang takut pada hospital dan lebih percaya pada benda2 mistik, bomoh, pawang dan kadang2 tu sampai dah nak mati pun masih lagi nak berbomoh2 bagai pun menyumbang sama. Ramai yang memilih utk berubat secara kampung dan ambik herba dan akar2 kayu termasuklah cara2 merancang macam melompat2 lepas intercourse dengan suami supaya sperm keluar balik, minum air2 berasid dan tajam kalau miss period. Janji tak payah pergi hospital. Tapi diorg tak tau, yang tak semua peringkat penyakit boleh settle dengan minum air akar kayu. Selalunya kepercayaan diorg tu melebihi tahap normal sampai tak mampu lagi nak bezakan antara natural remedies and immediate medical attention.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2010 12:57 AM | Show all posts
Post Last Edit by fieda07 at 26-12-2010 11:37

utk maklumat lanjut mengenai perancangan keluarga dan kelahiran bole didapati dalam Bahagian Pertama, Jilid Kelima, Majalah Akademi Fiqh Islam (1988/1409 H). Prosiding setebal 748 mukasurat ini semuanya mengenai persoalan mengawal kelahiran dan isu-isu berkaitan. Wallahualam..

semoga ia membantu memberi kefahaman yg tinggi berhubung permasalahan ini..InsyAllah..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.094334 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list