CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 201|Reply: 0

[Selangor] Pukul kerana tak suka, lelaki direman 4 hari

[Copy link]
Post time 17-7-2023 05:32 PM | Show all posts |Read mode
Ampang: Seorang peniaga cedera dipukul gara-gara kehadirannya di Medan Selera Bunga Tanjung, di sini, tidak disenangi suspek yang menyerangnya dalam kejadian di medan selera berkenaan, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 7 malam tadi semasa pengadu iaitu seorang lelaki tempatan berusia 45 tahun berniaga di medan niaga berkenaan.

"Mangsa didatangi seorang suspek iaitu seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun yang juga penganggur dikenalinya dalam keadaan marah.

"Suspek kemudian secara tiba-tiba menyerang dan memukul pengadu di bahagian pipi kiri menggunakan gelas besi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Azam berkata, kejadian itu yang dileraikan oleh orang awam di lokasi kejadian mengakibatkan mangsa luka di bahagian pipi kiri dan mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

"Susulan itu, sepasukan polis membuat tangkapan terhadap suspek di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 1.10 pagi tadi.

"Kami turut merampas gelas besi yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk mencederakan pengadu," katanya.

Beliau berkata, punca kejadian itu adalah disebabkan suspek tidak menyenangi keberadaan pengadu di kawasan medan selera berkenaan dan tidak diendahkan oleh mangsa.

"Perkara terbabit membuatkan suspek marah dan bertindak mencederakan pengadu. Semakan dilakukan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah dan kesalahan dadah.

"Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 20 Julai nanti untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

"Orang ramai diingatkan supaya tidak terbabit dalam sebarang perbuatan sengaja mendatangkan kecederaan dengan menggunakan senjata," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... laki-direman-4-hari
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.193163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list