CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 1

[Kedah] Jangan potong tanganku

[Copy link]
Post time 13-7-2023 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Jangan potong tanganku


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



Aida Harita (kanan) menunjukkan ketumbuhan di bahu anaknya, Nuraifa Shamimi yang makin besar dan berkemungkinan tangan kanannya akan dipotong kerana tidak lagi berfungsi akibat barah saraf. FOTO ZULIATY ZULKIFFLI




Kuala Kedah: "Berat untuk kami buat keputusan apabila doktor memaklumkan tangan kanan anak terpaksa dipotong akibat sel barah sudah merebak hampir ke paru-parunya. Doktor beri dua pilihan sama ada tangan anak saya perlu dipotong segera atau bakal kehilangan nyawanya," ujar Aida Harita Md Rodzi, 38, ibu kepada pesakit barah saraf, Nuraifa Shamimi Norazman, 20.

Menurut Aida Harita, dia dan suaminya, Azizan Yob, 44, yang juga bapa tiri Nuraifa akan pergi ke Hospital Pulau Pinang (HPP) 24 Julai hadapan bagi bertemu pakar.

"Kami akan berbincang berhubung tarikh pembedahan memotong tangan anak saya itu.

"Doktor belum memaklumkan kos pembedahan. Sebagai ibu, saya memang tak setuju tangan anak dipotong tetapi ketumbuhan pada bahagian bahu kanan dan leher Nuraifa makin aktif dan besar.

"Saya dan suami reda dengan apa yang berlaku kerana itu saja pilihan demi menyelamatkan anak saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Kota Nelayan, di sini semalam.

Aida Harita berkata, dia yang tidak bekerja kini bergantung sepenuhnya pada suami yang mengambil upah bekerja kampung dengan pendapatan tidak menentu.

Katanya, keadaan Nuraifa Shamimi yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam.

"Bantuan bulanan RM300 diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak cukup untuk kegunaan berulang alik serta kos ulang alik ke Pulau Pinang.

"Saya beri dia minum susu formula khas tiga kali sehari berbanding enam kali sehari sebelum ini disebabkan harga susu itu mahal iaitu RM90 setiap tin," katanya.

Menurut Aida Harita, dia juga mempunyai masalah kesihatan iaitu asma selain menghidap ketumbuhan fibroid sejak Januari lalu dan semakin membesar menyebabkan dia tidak dapat melakukan kerja berat.

Sementara itu, Nuraifa Shamimi berkata, dia sedih apabila mengetahui akan kehilangan tangan kanan.

"Walaupun bercita-cita untuk menjadi doktor, namun saya akur dengan kehendak takdir Allah SWT kerana nyawa saya lebih penting," katanya yang sebelum ini mahir memasak dan mengemas rumah.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh membantunya melalui akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) milik Nuraifa 1013041000147397 atau menghubunginya di talian 014-6132738.



Disiarkan pada: Julai 13, 2023 @ 7:46pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2023 08:30 PM | Show all posts
kesiannya.
semoga adik dan family tabah dan sabar dgn ujian ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.487409 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list