CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 172|Reply: 0

[Kedah] Berubah selepas tragedi 18 Ogos 2021

[Copy link]
Post time 21-5-2023 03:24 PM | Show all posts |Read mode

AHMAD Lutfi melihat keadaan di Titi Hayun yang sudah berubah sepenuhnya akibat kepala air. FOTO Zuliaty Zulkiffli

Yan: Tragedi kepala air yang melanda Titi Hayun dan Gunung Jerai dua tahun lalu menyebabkan banyak aliran anak sungai berubah selain semakin cetek.

Tinjauan di beberapa lokasi air sungai yang terjejas akibat kejadian itu mendapati tempat tumpuan rekreasi orang ramai itu kini sunyi sepi malah sungai turut berubah menjadi alur.

Penduduk Kampung Teluk Mat Acheh, Ahmad Ishak, 62, berkata selepas tragedi yang berlaku pada 18 Ogos 2021 itu, banyak sungai yang dahulunya cantik dan bersih kini bertukar cetek.

Katanya, pergerakan batu akibat kepala air yang dahsyat itu turut mengubah lansdkap serta aliran sungai dengan sendirinya.

"Dulu sungai di sini seperti Puteri Chalet di Batu Hampar dan Titi Hayun menjadi tumpuan pelancong di negeri ini untuk datang mandi kerana air sungainya yang cantik serta bersih.

"Penduduk juga boleh mencari sumber rezeki dengan menjual makanan, pelampung serta keropok di sekitar Titi Hayun, tetapi kini sepi akibat kejadian itu.

"Sejak itu, boleh dikatakan kejadian kepala air kerap berlaku tetapi tidak seteruk kejadian pada 2021," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Ahmad, mendapan tanah turut berlaku di kawasan sungai yang terjejas akibat kejadian itu.

Katanya, penduduk masih trauma dengan kejadian itu dan tidak berani mandi di kawasan sungai yang menjadi tempat beriadah suatu ketika dulu.

"Kalau ada pun, orang luar dari Kedah datang mandi di sini tetapi aliran air sungainya tidak lagi secantik dulu," katanya.

Pelancong dari Kuala Lumpur, Ahmad Lutfi Lokman, 24, berkata, dia bersama empat rakannya singgah di air terjun Titi Hayun kecewa apabila melihat keseluruhan tempat rekreasi itu berubah.

Katanya, kawasan titi gantung yang terpisah akibat kesan tragedi itu dipenuhi bongkah batu dan berubah dari tempat asal.

"Apabila tengok semula gambar di Internet, memang kawasan Titi Hayun ini sudah 100 peratus.

"Banyak papan tanda amaran turut diletakkan di sini supaya pengunjung berjaga-jaga kerana kawasan ini berisiko berlakunya kepala air sekali lagi, jadi kami mengambil keputusan untuk tidak mandi di sini," katanya.

Tragedi 18 Ogos 2021 menggemparkan negara apabila enam mangsa terkorban selepas dihanyutkan air deras akibat fenomena kepala air di Gunung Jerai dan Titi Hayun.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ragedi-18-ogos-2021

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.049013 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list