CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 142|Reply: 0

[Sarawak] Cekik isteri hingga mati, suami cuba bunuh diri

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:28 PM | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU: Seorang wanita maut selepas dipercayai dicekik suaminya dalam bilik sewa tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Pantai di sini.

Menurut jiran mangsa, kejadian disedari selepas mereka mendengar pasangan itu bertengkar sebelum suami mangsa mengetuk pintu jiran dan meminta mereka keluar dari bangunan berkenaan kira-kira jam 5 pagi.

Jiran terbabit kemudiannya menghubungi pihak polis pada jam 8 pagi sebelum mangsa dan suaminya berumur lingkungan 30 tahun ditemukan dengan kesan kelar dan luka didahi dipercayai cuba membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama suaminya di dalam bilik sewa berkenaan.

“Mangsa dipercayai dibunuh oleh suaminya susulan terdapat kesan lebam pada bahagian leher dipercayai dicekik, selain kesan luka pada dahi.

"Kita percaya kes ini lebih kepada konflik rumah tangga antara mangsa dan suaminya kerana sebelum kejadian, jiran mangsa terdengar pertengkaran antara mereka.

"Pasangan terbabit ditemukan dalam keadaan terbaring dan jiran sedikit lewat menghubungi pihak polis kerana ketika kejadian, telefon bimbitnya tidak mempunyai kredit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mohd Zaidi berkata siasatan lanjut mendapati suami mangsa adalah pekerja restoran di sekitar kawasan berkenaan manakala isterinya seorang suri rumah.

Katanya mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk bedah siasat dan siasatan lanjut berhubung motif sebenar kejadian masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.310346 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list