CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 164|Reply: 0

[Sarawak] Patuhi peraturan SHMMP Hari Raya Puasa

[Copy link]
Post time 18-4-2023 10:19 PM | Show all posts |Read mode
SIBU: Peniaga di Sibu diingatkan mematuhi peraturan-peraturan di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Hari Raya Puasa 2023 bermula pada 15 April hingga 30 April depan.

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sibu Kelyn Bolhassan@Haliward berkata, sebanyak 20 jenis barangan telah ditentukan harga maksimum di bawah pelaksanaan skim selama 14 hari ini.

Senarai barangan harga terkawal bagi SHMPP Hari Raya Puasa 2023 ialah daging lembu import, ikan kembung termasuk ikan mabung, ikan selayang, tomato, cili merah, kobis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, bawang besar merah import, bawang besar Holland, bawang kecil merah India (ros), bawang kecil merah India, bawang putih China, ubi kentang import China, cili kering kerinting, kacang tanah, halia tua import, kelapa biji (borong sahaja) dan kelapa parut (runcit sahaja).

"Bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang didapati menaikkan harga secara mendadak dan ketara.

"Adalah dingatkan bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini," katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Kelyn menegaskan, peniaga yang didapati bersalah kerana gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, boleh dikenakan denda, tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi kesalahan kali pertama.

Bagi kesalahan kali kedua dan seterusnya, mereka yang didapati bersalah di bawah akta yang sama boleh dikenakan denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

"Peniaga hendaklah mematuhi arahan yang dikenakan dan mengamalkan sikap beretika dalam menguruskan perniagaan manakala pengguna mestilah mengetahui tanggungjawab dan menggunakan hak mereka.

"Di samping itu, diingatkan agar pengeluar, pemborong dan peruncit tidak menaikkan harga secara mendadak selepas berakhirnya pelaksanaan skim ini.
"Skim ini akan berjaya sekiranya semua pihak bertanggungjawab dan memainkan peranan masing-masing," katanya.

Jika didapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berkaitan skim ini, pengguna boleh menyalurkan aduan kepada kementerian ini melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU atau layari laman sesawang http://e-aduan.kpdn.gov.my.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:54 PM GMT+8 , Processed in 0.053562 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list