CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 209|Reply: 1

[Pulau Pinang] Seberang Jaya catat IPU tak sihat

  [Copy link]
Post time 17-4-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Seberang Jaya catat IPU tak sihat


BERNAMA



PEMANDANGAN Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dan bangunan sekitarnya kelihatan kabur berikutan keadaan jerebu yang melanda negeri ini. Bacaan IPU 10 pagi tadi di negeri Pulau Pinang menunjukkan paras tidak sihat iaitu di Seberang Jaya (151), Seberang Perai (91), Minden (95) dan Balik Pulau (82). FOTO Bernama



Bukit Mertajam: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Seberang Jaya, di sini merekodkan bacaan tidak sihat manakala tiga lagi lokasi mencatatkan IPU sederhana.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU 151 di Seberang Jaya sehingga 10 pagi ini dan ia juga menunjukkan kualiti udara di kawasan itu kekal merekodkan tidak sihat sejak pukul 9 malam semalam.

Menurut JAS, IPU di Seberang Jaya juga menunjukkan trend menaik sejak pagi ini iaitu 132 pada 7 pagi meningkat kepada 135 dan seterusnya 141 pada 9 pagi, hari ini.

Kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana namun menghampiri tahap tidak sihat ialah Minden (95), Seberang Perai (91) dan Balik Pulau (82).

IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara yang baik, 51 ke 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 ke 300 (sangat tidak sihat) serta 300 dan ke atas (berbahaya).

Sebelum ini, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, fenomena jerebu dijangka lebih serius pada tahun ini berbanding tiga tahun lalu apabila aktiviti perladangan dan industri kembali beroperasi seperti sedia kala.



Disiarkan pada: April 17, 2023 @ 12:34pm










Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2023 04:44 PM | Show all posts
Terima kasih kerana memberikan maklumat ini kepada saya. IPU yang tinggi dan tidak sihat boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia dan alam sekitar. Oleh itu, adalah penting untuk mengambil tindakan untuk cut the rope  memperbaiki kualiti udara di kawasan tersebut.
Beberapa tindakan yang boleh diambil termasuk mengurangkan penggunaan kereta bermotor dan memilih untuk menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, mengurangkan penggunaan bahan api fosil seperti gas petrol atau diesel, dan memastikan bahawa aktiviti industri di kawasan tersebut mempunyai sistem pemantauan dan pengawasan yang baik.
Selain itu, anda juga boleh mengambil tindakan untuk menjaga kesihatan diri sendiri seperti memakai penapis udara, mengelakkan aktiviti fizikal yang terlalu berat di kawasan tersebut, dan mengambil lebih banyak air kosong untuk membantu badan mengeluarkan toksin.
Jangan lupa untuk memantau maklumat kualiti udara di kawasan anda dan mengambil tindakan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan. Anda juga boleh menghubungi Jabatan Alam Sekitar untuk mendapatkan maklumat lanjut dan nasihat mengenai cara untuk menjaga kualiti udara yang baik di kawasan anda.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.483493 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list