CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 148|Reply: 0

[Pulau Pinang] 32,000 karya muzik salinan langgaran dirampas

[Copy link]
Post time 12-4-2023 12:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 12-4-2023 12:18 AM

32,000 karya muzik salinan langgaran dirampas

oleh    SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  11 April 2023   05:56pm





Sebanyak 32,000 karya disyaki salinan langgaran yang ditemui dalam 'hard disc' dirampas KPDN Pulau Pinang pada Isnin.




GEORGETOWN - Sebanyak 32,000 karya muzik yang disyaki salinan langgaran bernilai RM96,000 dirampas oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang bersama Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S Jegan berkata, rampasan tersebut dibuat di sebuah premis hiburan di Jalan Limbungan Indah, Taman Limbungan Indah, Butterwoth pada jam 5.22 petang Isnin.

Menurutnya, ketika serbuan, pemeriksaan mendapati, pusat hiburan tersebut menyediakan perkhidmatan karaoke dan telah menemui dalam milikan karya muzik yang disyaki salinan langgaran.

"Susulan itu, kita telah menyita beberapa peralatan karaoke iaitu sistem karaoke yang mengandungi 32,000 karya muzik di dalam 'hard disc' disyaki salinan langgaran bernilai RM3 setiap lagu.

"Kita turut menyita satu unit amplifier, satu unit processor, satu unit mikrofon receiver, satu unit televisyen serta alat kawalan jauh, satu unit pembesar suara dan sebuah speaker. Nilai keseluruhan rampasan bernilai RM114,000," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Akta Hakcipta 1987 dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih daripada RM20,000 bagi setiap salinan langgaran.

"Selain itu, pesalah boleh dipenjarakan bagi satu tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan bagi apa-apa kesalahan yang berikutnya didenda tidak kurang daripada RM4,000 dan tidak lebih daripada RM40,000 bagi setiap salinan langgaran atau dipenjarakan bagi satu tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua- duanya.

"KPDN memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba memiliki salinan langgaran akan dikenakan tindakan tegas.



"Kita juga mengalu-alukan sebarang maklumat atau aduan daripada orang awam bagi membantu membanteras aktiviti memiliki salinan langgaran tanpa kebenaran oleh pemilik karya," katanya.








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.421161 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list