CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 307|Reply: 1

[Pulau Pinang] Kaji sentimen pengundi dulu sebelum bincang agihan kerusi dengan BN - Kon Yeow

[Copy link]
Post time 9-4-2023 01:40 PM | Show all posts |Read mode
Kaji sentimen pengundi dulu sebelum bincang agihan kerusi dengan BN - Kon Yeow


Nur Izzati Mohamad - April 9, 2023 @ 12:49pm bhnews@bh.com.my






BUTTERWORTH: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang masih belum mengadakan rundingan berkaitan pengagihan kerusi pilihan raya negeri (PRN).

Pengerusi PH negeri, Chow Kon Yeow, berkata PH ketika ini sedang memuktamadkan kedudukan gabungan itu sebelum bersiap sedia mengadakan rundingan dengan BN.

Katanya, adalah penting untuk PH menilai kedudukannya terlebih dahulu berdasarkan kajian sentimen pengundi terhadap gabungan itu dan kerajaan negeri sebelum mengadakan rundingan dengan rakan politiknya.

Selalunya, Ketua Menteri berkata, keputusan berhubung pengagihan kerusi dapat dibuat selepas pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) atau sebelum hari penamaan calon.

"Sebenarnya kita (PH negeri) diberi masa satu bulan (bincang pengagihan kerusi dengan BN), sekarang masuk minggu kedua.

"Sebelum ini memang berlaku (bincang secara tidak rasmi), tetapi niat kita sekarang adalah untuk memuktamadkan kedudukan (sentimen pengundi terhadap PH di Pulau Pinang) sebelum kita bawa keputusan ini untuk berunding dengan BN.

"Dalam pilihan raya, kadang kala keputusan cuma boleh dibuat pada tempoh terakhir selepas bubar (DUN) atau sebelum tarikh penamaan calon. Ketika itulah semua perkara dimuktamadkan," katanya.

Beliau yang ditemui media pada majlis perasmian kempen derma darah di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Prai, di sini, hari ini, mengulas perkembangan rundingan pengagihan kerusi di antara PH dan BN bagi menghadapi PRN Pulau Pinang yang dijangka dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi.

Kon Yeow berkata, mesyuarat bagi membincangkan pengagihan kerusi akan ditetapkan pada satu tarikh kelak.

Mengenai kenyataan Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bahawa PH dan BN bersetuju semua kerusi parti penyandang yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kekal pada penyandang, beliau berkata, ia adalah prinsip umum sebelum rundingan bermula.

"Memang dalam PH, sudah ada formula ini, iaitu kerusi kekal dengan (parti) penyandang , melainkan ada yang nak tukar, itu tertakluk kepada parti-parti berkenaan. Prinsip ini masih dipegang.

"Apabila masuk rundingan dengan BN yang menjadi rakan dalam Kerajaan Perpaduan, maka prinsip ini adalah dengan BN, bukan dengan parti masing- masing (dalam PH). Apa yang dinyatakan (Saifuddin) adalah prinsip umum untuk diikuti apabila rundingan bermula," katanya.

DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi dengan 33 daripadanya ketika ini dikuasai PH, manakala BN hanya menyandang DUN Sungai Dua dan Permatang Berangan dan Perikatan Nasional (PN) memang satu kerusi, iaitu DUN Penang melalui wakil PAS.

Empat lagi kerusi, iaitu Bertam, Seberang Jaya, Teluk Bahang dan Sungai Acheh diisytihar kosong selepas persidangan DUN pada 6 Mac lalu meluluskan usul mengikut Fasal 14A(1) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang susulan tindakan keempat-empat ADUN keluar PH dan menyertai PN.




Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow (tiga dari kiri) berbual dengan penderma darah di Dewan Serbaguna Taman Chai Leng, Prai, hari ini. - NSTP/DANIAL SAAD












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-4-2023 01:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.059268 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list