CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 121|Reply: 0

Lazio kukuhkan cengkaman di tempat kedua

[Copy link]
Post time 9-4-2023 09:57 AM | Show all posts |Read mode

ZACCAGNI (kiri) meraikan jaringannya bersama Danilo Cataldi. FOTO Reuters

Rom: Sergej Milinkovic-Savic dan Mattia Zaccagni menjaringkan gol ketika Lazio mempamerkan serangan tanpa belas kasihan untuk menewaskan Juventus 2-1 di laman sendiri ketika pasukan Maurizio Sarri mengukuhkan tempat kedua di Serie A.

Lazio mengumpul 58 mata, lima di depan AS Roma di tempat ketiga dengan baki sembilan perlawanan dalam kempen kali ini.

Juve, yang berjuang untuk berada dalam kelompok enam teratas, berada di tempat ketujuh dengan 44 mata, empat mata di belakang Atalanta, yang menduduki tempat terakhir kelayakan Eropah.

"Saya bangga dengan sikap pemain. Aksi konsisten yang kami capai beberapa bulan lalu dalam latihan perlahan-lahan mula mengalir ke situasi perlawanan," kata Sarri kepada DAZN.

"Dalam liga, kami adalah pasukan yang konsisten dan satu-satunya kelemahan adalah di Eropah. Satu-satunya cara kita akan melihat jika kita benar-benar meningkat dari segi mentaliti ialah apabila kita boleh melakukannya setiap tiga hari."

Jurulatih Juve, Massimiliano Allegri tidak hadir pada perlawanan itu kerana simptom selesema dan penolong pengurus Marco Landucci menggantikannya.

Lazio, yang mendapaty sokongan padu peminat di tempat duduk penonton, mengawal perlawanan pada minit pembukaan, mengancam menjaringkan gol menerusi Milinkovic-Savic dan Ciro Immobile.

Tuan rumah memecah kebuntuan tujuh minit sebelum rehat apabila Milinkovic-Savic menyempurnakan hantaran lintang di dalam kotak penalti dengan sepakan separuh voli jarak dekat.

Gol itu diberikan selepas pemeriksaan Video Bantuan Pengadil (VAR) apabila pertahanan Juve, Alex Sandro kelihatan diasak sebelum Milinkovic-Savic menemui jaringan.

Namun keghairahan di dalam Stadio Olimpico hanya bertahan empat minit sebelum Adrien Rabiot menyempurnakan gol penyamaan dari sepakan sudut, selepas penjaga gol Lazio, Ivan Provedel menyelamatkan tandukan Gleison Bremer.

Walaupun perlawanan itu berlangsung seimbang, gol kedua Lazio pada minit ke-53 adalah membuktikan kebolehan menyerang pasukan itu.

https://www.hmetro.com.my/arena/ ... man-di-tempat-kedua
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 02:06 PM GMT+8 , Processed in 0.411621 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list