CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14104|Reply: 0

[Sarawak] Dua rumah terbakar di Limbang, 11 hilang tempat tinggal

[Copy link]
Post time 4-4-2023 08:22 PM | Show all posts |Read mode


Api yang memusnahkan dua buah rumah awal pagi tadi.
LIMBANG: Seramai 11 penghuni hilang tempat berteduh apabila dua buah rumah yang mereka diami di Kampung Limpaong di sini terbakar, awal pagi tadi.

Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan berkata kejadian berlaku jam 1.26 pagi itu turut menyebabkan seorang penghuni yang mendiami rumah pertama Suhaidi Sabtu, 54, cedera ringan iaitu melecur di bahagian di leher.

Beliau berkata kebakaran itu memusnahkan keseluruhan rumah pertama yang didiami Suhaidi.

“Bagaimanapun, 10 penghuni lain yang mendiami rumah kedua tidak mengalami kecederaan apabila mereka berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan kira-kira 40 peratus rumah tersebut," katanya kepada media hari ini.


Anggota bomba bertungkus lumus memadam kebakaran.

Ramlan berkata operasi memadam mengambil masa kira-kira tiga jam yang berakhir pada jam 3.25 pagi.

Terdahulu katanya, sepasukan anggota bomba diketuai Pegawai Operasi Zon Tujuh Limbang Clarence D.Primus Tiandun bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.26 pagi.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih lagi dalam siasatan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049841 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list