CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2649|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak, remaja selesai solat tarawih, witir dapat ganjaran RM5

  [Copy link]
Post time 28-3-2023 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Kanak-kanak, remaja selesai solat tarawih, witir dapat ganjaran RM5


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my





KANAK-KANAK dan remaja di bawah 17 tahun yang menunaikan solat tarawih 20 rakaat dan tiga solat sunat witir di sini, diberi sebanyak RM5 sebagai ganjaran oleh pihak pengurusan masjid. FOTO Zuhainy Zulkiffli




Georgetown: Inisiatif memberi wang RM5 kepada kanak-kanak dan remaja yang menunaikan solat tarawih berjemaah bukan sahaja sekadar ganjaran, tetapi menggalakkan mereka mengimarahkan Masjid Jamek Shaik Eusoff Dhoby Ghaut, Jalan Air Itam di sini.

Malah kesempatan itu turut diambil kanak-kanak dan remaja berusia 17 tahun ke bawah dengan latar belakang keluarga B40 atau miskin bandar yang tinggal berhampiran masjid berkenaan.

Pengerusi Kariah Masjid Yusof Yaacob berkata, inisiatif itu diperkenalkan pada hari pertama solat Tarawih yang ketika itu dikunjungi kira-kira 20 kanak-kanak dan remaja.

Katanya, selesai lapan rakaat solat Tarawih, kebanyakan kanak-kanak dilihat bermain-main di ruang legar masjid sementara menunggu ibu bapa atau waris selesai menghabiskan 20 rakaat dan tiga solat sunat witir.

"Jadi, tidak salah jika mereka diberi sedikit ganjaran sekiranya mampu menghabiskan 20 rakaat Tarawih dan tiga witir itu sementara menanti waris masing-masing.

"Secara tidak langsung, mereka akan kekal tertib dalam saf tanpa mendatangkan kebimbangan ibu bapa atau tidak mengganggu jemaah, selain dapat manfaatkan waktu yang terluang.

"Malam berikutnya, 26 kanak-kanak dan remaja yang datang bersolat Tarawih dapat menghabiskan 20 rakaat serta witir," katanya ditemui semalam.

Mengulas lanjut, Yusof berkata, inisiatif itu turut mendapat sokongan daripada ibu bapa dan waris yang berharap ia dapat diteruskan pada Ramadan akan datang.

"Kita lihat daripada sudut positif, tujuannya supaya mereka yang juga generasi muda akan dekat dengan masjid dan akan rajin ke masjid walaupun solat Tarawih sudah berakhir," katanya lagi.

Muhd Taufik Hidayat, 15, berkata, dia yang menemani neneknya untuk menunaikan solat Tarawih tidak menyangka menerima RM5 sebaik selesai menunaikan menyelesaikan ibadat berkenaan.

"Saya tinggal bersama nenek dan ibu yang juga ibu tunggal. Saya berazam mahu terus menunaikan solat Tarawih di masjid ini sehingga Ramadan berakhir, dan pada hari-hari seterusnya.

"Saya akan guna wang dikumpul ini untuk mengambil lesen motosikal seterusnya memudahkan saya untuk ke sekolah," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Masjid Mohamed Rashid Syed Mashoothu berkata, selepas ditutup selama lima bulan pada Ramadan lalu kerana baik pulih, kini pihaknya merangka pelbagai aktiviti bagi menarik golongan muda mendekati masjid.

"Kita akan adakan ruang khas seperti tapak permainan yang selamat berhampiran ruang solat bagi memudahkan ibu bapa atau waris yang membawa anak kecil ke sini selain merangka pelbagai program membabitkan remaja," katanya.




Disiarkan pada: Mac 28, 2023 @ 11:51am












Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060145 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list