View: 16136|Reply: 216
|
Hadir Ke Mahkamah Untuk Proses JKP, Farid Kamil Bawa Sejambak Ros Dan Cincin Sempena Anniversary Ke-11 Untuk Pujuk Diana Danielle
[Copy link]
|
|
Farid Kamil hadir di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada pagi Selasa.
Dia turut membawa sejambak bunga ros merah dengan harapan dapat memujuk isterinya Diana Danielle.
"Hari ini saya datang untuk memberi bunga kepada Diana sebagai tanda pendamaian pertama," katanya kepada mStar.
Bukan hanya bunga, Farid juga beli cincin khas buat Diana bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-11 tahun ini.
"Saya sudah beli cincin sebagai sambutan ke-11 ulang tahun perkahwinan kami. Tidaklah mahal sangat, cukup sekadar ada."
Foto: mStar
Farid yang hadir ke mahkamah berbaju batik corak hitam putih kelihatan ceria bagi proses lantikan wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Sementara itu, Diana yang hadir memakai sut berwarna hitam sempat menyapa petugas media yang menantikan kehadirannya seawal 8 pagi.
"Selamat pagi, salam Ramadan semua," katanya.
Pada 20 Mac lepas, dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan berita Diana memfailkan penceraian terhadap Farid selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Namun Farid enggan melepaskan aktres itu kerana masih sayangkannya.
Diana atau Diana Danielle Danny Benson, 32, memfailkan penceraian tersebut mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Diana dalam permohonannya menyatakan tiada persefahaman selain shiqaq iaitu perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup sebagai suami isteri sebagai punca dia memfailkan penceraian terhadap Farid.
Pelakon filem Imaginur itu diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir manakala Farid diwakili Fakhrul Azman Abu Hassan.
Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10 dan Nur Aurora, 8 tahun. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Lama gak dorg dh kawin. Kira lama la Diana ni bertahan & bersabar. Mungkin dia kalau boleh tak nk bercerai walaupun suami bermasalah sb fikirkan anak2. Ni sure dh tak tahan sangat ngadap. Silap2 boleh sakit fizikal & mental tau kalau hadap masalah rumahtangga ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada jgk la usaha fk nk pujuk dd
Drpd yg sorg lg tu jumpa nk bitau giliran bermalam |
|
|
|
|
|
|
|
Nampakla usaha fk
Bawa bunga.. bukan cam solident bz nk bincang giliran bermalam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Farid nampak bersungguh2..
Semoga diana beri peluang kedua
|
|
|
|
|
|
|
|
patut solly2 pon bawak bunga. baru la cair |
|
|
|
|
|
|
|
yang tu acah² terpaling sayang, terpaling masih ada sinar tapi penuh keoink²an
sembang kari lebih
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni baru betul CUBAAN memujuk....
BUkan acah-acah pujuk (read : paksa) terima KETENTUAN ILLAHI |
|
|
|
|
|
|
|
soley tak main bunga² sebab dah dipenuhi taIK dan keluarga Kazarian yang berbau najis Mughalazzah
|
|
|
|
|
|
|
|
krukx replied at 28-3-2023 10:08 AM
Lama gak dorg dh kawin. Kira lama la Diana ni bertahan & bersabar. Mungkin dia kalau boleh tak nk be ...
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai |
|
|
|
|
|
|
|
means DD dh ada org lain ye..wahhh
|
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
Sapa org ketiga tu? Parid ke yg ada atau DD? |
|
|
|
|
|
|
|
MistrezHermanaz replied at 28-3-2023 10:29 AM
means DD dh ada org lain ye..wahhh
Ye. Reporter interview td. Ada dkt IG xtra.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
Jauhhh beza langit dengan bumi dengan yang sorang lagi...
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 28-3-2023 10:29 AM
Sapa org ketiga tu? Parid ke yg ada atau DD?
Yg mintak cerai lerrr |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
Siyes r sbb org ke3
Dpt tau dr sumber mane |
|
|
|
|
|
|
|
scrocth replied at 28-3-2023 10:26 AM
Ada org ketiga nok. Tu yg nk mintak cerai
Ada bukti ke dah ada org ke 3, berdosa masih isteri org bercinta dgn org lain dan org ke 3 juga berdosa membuat hubungan dgn perempuan yg masih isteri org. |
|
|
|
|
|
|
|
tanpa segan silunya bgtau reporter
|
|
|
|
|
|
|
|
pantas berita...betul2 atau alasan dicipta untuk keluar dari perkahwinan..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|