CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3496|Reply: 35

[Tempatan] Sotong ride terjatuh dan terpelanting ketika berpusing, kejadian ala2 Final Destination 3.

  [Copy link]
Post time 13-12-2022 07:46 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Selangor: Tiga termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas terjatuh dari permainan sebuah taman tema di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, di sini malam ini.Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 8.50 malam.
Menurutnya, tiga mangsa itu membabitkan dua wanita dan seorang kanak-kanak."Ketiga-tiga mangsa ini terjatuh dari permainan dikenali sebagai 'Sotong Ride' ketika ia sedang bergerak.
"Seorang mangsa iaitu wanita cedera parah manakala dua lagi tidak dipastikan keadaan mereka," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ramli berkata, semua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Katanya, sebanyak tiga ambulans dan sebuah jentera bomba berada di lokasi kejadian.
"Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Selangor 1995 iaitu beroperasi tanpa lesen," katanya.
Terdahulu, suasana di taman tema terbabit gempar apabila beberapa individu cedera selepas permainan dinaiki mereka terjatuh, malam ini.Menerusi beberapa video dan gambar yang tular di laman sosial Facebook, kelihatan permainan itu pada awal berjalan lancar sebelum situasi bertukar sebaliknya.
Pada masa sama, kedengaran suara jeritan dipercayai daripada pengunjung taman tema turut dirakam menerusi video berdurasi 15 saat.
Selepas kejadian, orang ramai yang berada di sekitar lokasi kemudian membantu menenangkan mangsa.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 07:51 AM | Show all posts
maaf nk ckp...funfair murahan camni mmg aku akn avoid...dh la br pacak..x menyakinkan langsng...dgn cuaca asek ujan je...seram
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
"Beroperasi tanpa lesen"

Penguatkuasaan lemah betul negara kita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Oiii cuba kau orang tengok balik video tu sister2 sekalian alam, akak nampak tangan kanan adik tu terpeleot ke kanan sister.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Laki ak da send video ni Pg2 buta sbb bulan lepas ak g fun fair main mainan yg kapal pusing 360'.... Dia ckp bahaya skang da terbukti...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:20 AM | Show all posts
mesti SOP sebelum ride ke laut , ngan lesen pun tak ada
menjawab la majlis perbandaran
kalau potong pokok tanpa kebenaran sedap je kau saman org awam
nih tauke buat funfair sebesar alam tanpa lesen boleh plak korang tutup mata
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-12-2022 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah nak masuk 2023 dah tak relevan dah menan2 gini.

Byk lagi aktiviti menyeronokkan lagi menyihatkan cuma musim2 tengkujuh ni hati2 la memilih tempat riadah.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau icity tu berlesen ke tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik ride tu tgh berpusing kat bawah. Kalau kat atas, mgkn lagi teruk terpelanting nye. Ape2 pun tetap bahaya. Tapi aku rajin jugak naik benda2 mcm ni. tapi bkn dekat funfair lah
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 08:54 AM | Show all posts
Suchi replied at 13-12-2022 08:45 AM
Dah nak masuk 2023 dah tak relevan dah menan2 gini.

Byk lagi aktiviti menyeronokkan lagi menyihatka ...

betul musim2 ni kena hati2 skit the best is duduk rumah la kan sbb skrng pon unexpected sgt tmpt banjir
tp iols baru balik camping smlam hahahha
Alhamdulilah walapun cuaca hujan rintik2 tp selamat pergi dan balik
risau pulak baca2 kes2 gini kan...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:08 AM | Show all posts
kam3n replied at 13-12-2022 08:02 AM
"Beroperasi tanpa lesen"

Penguatkuasaan lemah betul negara kita ni.

mgkn funfair ni dia buat jauh dlm kebun kelapa sawit kot... penguatkuasa tak nampak,
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:12 AM | Show all posts
punyela banyak themed park berlesen sekarang... funfair gini masih jadi kunjungan. Mungkin sebab murah barangkali.. tapi jenis2 camni.. yg set up bukak.. then setup lagi kt tempat lain..  tak sekukuh yg permanently located kt satu2 tempat. Team maintenance dia pon entah sape2.. elakkan la..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline replied at 13-12-2022 08:54 AM
betul musim2 ni kena hati2 skit the best is duduk rumah la kan sbb skrng pon unexpected sgt tmpt b ...


Yup, iols mmg nk rehat kat umah je cuti sekolah ni. Happy gila sbb cuti sekolah takyah kalut pepagi nak siapkan bekal, nk siapkan bebudak ni g sekolah bagai

So dh plan nak bayar hutang tidur, layan cite kat netflix bagai je.
Kalau kuar pun takat beriadah dekat2 ngn umah je sbb skrg cuaca mmg tak ok, hujan je kadang tu sepanjang hari. Tak syok ooo duk dlm keta masa hujan tgh lebat mcm2 pikir.
Pi shopping mall plak ramai giler org, tp anak ajak nk tgk wayang nnt.
Ikutkan suami mesti la nk blk kg tp trauma plak tahun lepas kitaorang balik kg masa tu la banjir besar melanda malaysia.

Tgh bulan 12 kan masa tu, adik ipar kawen hujanh lebat menggilaa tau2 kuar berita selangor banjir teruk.
Kita org nak balik Selangor tak lepas jln sana sini tutup, igt lagi jelas depan mata air sungai melantun2 dan mula memenuhi jln raya. Byk keta patah balik masa tu so kitaorang pun patah balik lalu ikut jln jauh. Kul 9 pg bertolak dekat kul 6 baru sampai umah gilerr dh mcm g kelate padahal pahang je biasanya 2-3 jam sampai dh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:18 AM | Show all posts
Suchi replied at 13-12-2022 09:16 AM
Yup, iols mmg nk rehat kat umah je cuti sekolah ni. Happy gila sbb cuti sekolah takyah kalut pepag ...

wah seronok dgr plan chuols
hahahah selamat ber isti rehat

tula last year time2 gini la
mmg tak sangka sgt2 kan

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:23 AM | Show all posts
dah nak masuk 2023,ada lagi ke manusia yang kemaruk nak main benda2 mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
yg fixed kat amusement park pon aku takkan naik lagikan yg bukak pasang berkali2 nih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2022 09:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Funfair gini je tp rega ya ampunnn
I ada gi baru ni, bukan yg ni la
Merry GR tu je 4hengget
Sume menan bodo² ni 4-6hengget
Kalau mcm sotong ni...rm10
SOP sah2 ke laut dlm
Osha pun ntah ke mana
Sebesar² alam ni, PBT x nampak yerrrr
Mungkin kat alam di sebalik mata
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:28 AM | Show all posts
made in china cokia punya ride ler ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 09:30 AM | Show all posts
Edited by brego at 13-12-2022 09:59 AM
Rajawali replied at 13-12-2022 09:23 AM
dah nak masuk 2023,ada lagi ke manusia yang kemaruk nak main benda2 mcm ni?

ada.
orang pompuan memang kemaruk benda2 takde faedah gini.

macam kanak2,
kalau keluar rumah, pantang nampak benda pelik2 or viral,
semua benda dia nak makan, semua benda dia nak rasa, semua benda dia nak cuba

Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2022 10:04 AM | Show all posts
how come tak ada lesen boleh pacak funfair gini. takde org jaga ke. ke dah kena suap.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 06:21 PM GMT+8 , Processed in 0.071936 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list