CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 284|Reply: 1

[Pulau Pinang] Projek rintis tingkat permintaan beca Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 7-10-2022 05:39 PM | Show all posts |Read mode
Projek rintis tingkat permintaan beca Pulau Pinang

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 7, 2022 @ 3:07pm  bhnews@bh.com.my






GEORGETOWN: Walaupun terpaksa bersaing dengan kenderaan e-hailing, beca roda tiga di negeri ini tetap mempunyai permintaan tersendiri terutama dalam industri pelancongan.

Bagi merancakkan lagi kunjungan pelancong, rangkaian hotel terkemuka Ascott Gurney Penang mengambil inisiatif mewujudkan projek rintis bagi membantu meningkatkan pendapatan penarik beca.

Pengurus Besar Ascott Gurney Penang, Sharon Ang berkata, pada permulaan, enam penarik beca mengambil bahagian bagi membawa tetamu yang menginap di hotel berkenaan untuk menaiki beca.

Katanya, kaedah ini juga menjadikan pelancong yang ingin menggunakan khidmat beca, berasa yakin dan selamat.

"Beca mereka dihias cantik dan bagi tetamu yang mahu menaiki kenderaan itu, kita terus menghubungi penarik beca terbabit.

"Projek ini tiada tempoh tertentu, namun kita akan sentiasa melakukan penambahbaikan supaya lebih ramai penarik dapat menyertainya, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka," katanya pada sidang media selepas Majlis Adoption Of Penang Trishaw Community @ Ascott Gurney Penang di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin; Pengurus Besar Ascott Malaysia, Mondi Mecja dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Pulau Pinang, Jonathan Freddy P Bagang.

Difahamkan, terdapat kira-kira 200 penarik beca berdaftar di Pulau Pinang iaitu di kawasan Georgetown dan Batu Feringghi dengan kadar bayaran perkhidmatan dikenakan antara RM30 bagi setiap 30 minit dan RM50 sejam.

Sementara itu, Soon Hin berkata, inisiatif itu diharap turut dilakukan hotel atau pihak lain di negeri ini bagi membantu golongan penarik beca 'bernafas semula' selepas terjejas teruk susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pihaknya juga mengalu-alukan golongan muda yang mahu menceburi bidang membaiki beca.

"Di negeri ini hanya ada dua 'tukang' baiki beca dan kita cuba menarik minat golongan muda bagi menyertainya.

"Pada masa ini, beca terpaksa berkongsi laluan dengan kenderaan lain di jalan raya walaupun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas," katanya.

Bagi penarik beca, Muslim Mohammad, 34, dia menyambut baik usaha pihak yang prihatin terhadap nasib mereka.

Katanya, selepas sempadan negeri dibuka semula dan kemasukan pelancong, pendapatannya kembali meningkat antara RM50 hingga RM150 sehari.

"Perancangan selepas ini, saya mahu terbabit dalam perkhidmatan beca dengan mempelajari kaedah membaiki kenderaan itu pula.

"Agak merugikan jika tiada 'tukang' sedangkan beca akan terus berkembang sebagai ikonik dan jika tiada yang membaikinya, kita bimbang kenderaan itu hanya tinggal kenangan," katanya yang sudah enam tahun menjadi penarik beca.




Yeoh Soon Hin (kanan) dan Sharon (kiri) dibawa menaiki beca di sekitar Persiaran Gurney, sebagai simbolik pada Majlis Adoption Of Penang Trishaw Community @ Ascott Gurney Penang di sini. NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI




sumber


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2022 05:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 01:27 AM GMT+8 , Processed in 0.306901 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list