Sumber IG
Kerap digandingkan dengan aktor berstatus suami orang menyebabkan pelakon, Sophia Albarakbah risau terutama membabitkan babak romantik dengan pasangan 'on screen'.
Sophia bagaimanapun lega kerana kesemua isteri kepada rakan aktornya sangat memahami tuntutan kerjaya suami masing-masing.
"Memang ada perasaan risau sebab kita sebagai wanita kalau suami berlakon dengan perempuan lain mesti kita akan ada perasaan cemburu itu.
"Sebagai perempuan, saya bertanya juga, dia okay ke saya berlakon dengan suami dia... dia akan attack saya tak... pada mulanya, saya rasa takut-takut sikit.
"Tapi semua isteri pelakon yang saya pernah bekerja, isteri mereka sangat memahami tuntutan kerja suami. Jadi, tiada masalah buat saya," katanya kepada Media Hiburan.
Dalam perkembangan baharu, Sophia tampil bekerjasama dengan aktor, Shahz Jaszle menerusi naskhah Cinta Hilang Kata terbitan Country & Universal Sdn Bhd.
Sophia turut memuji isteri Shahz yang sangat memahami karier suaminya.
"Saya kenal dengan Hanis (isteri Shahz), jadi tidak timbul masalah untuk bekerja dengan Shahz Jaszle.
"Malah, Hanis sendiri yang akan masukkan apa-apa promo berkaitan drama ini ke media sosialnya," kata Sophia yang sebelum ini pernah berganding dengan Datuk Aaron Aziz, Datuk Adi Putra dan Fattah Amin. -CARI
|